adsense

Iklan Berbayar

jejaka kacak @ gadis cantek

Memaparkan catatan dengan label Solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Solat. Papar semua catatan

Rabu, September 04, 2013

Keutamaan solat sunat rawatib

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

"Sesiapa yang selalu mengerjakan dua belas rakaat daripada solat sunat, maka Allah membangun rumah baginya di syurga. Empat rakaat sebelum Zohor dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak dan dua rakaat sebelum Subuh."

untuk lebih jelas seperti berikut


  1. sebelum Zohor - 4 rakaat
  2. sesudah Zohor - 2 rakaat
  3. sesudah Maghrib - 2 rakaat
  4. sesudah Isyak - 2 rakaat
  5. sebelum Subuh - 2 rakaat
wallahualam bissawab..
wassalam

Cara solat sunat gerhana matahari dan gerhana bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

ciri2 solat :

  • 2 rakaat
  • setiap rakaat mempunyai 2 qiam
  • setiap rakaat 2 bacaan Al-Fatihah
  • setiap rakaat 2 rukuk
  • setiap rakaat 2 sujud

cara2 solat :

Niat
Gerhana bulan
Usal li sunna ta ghusufil komari rak 'ataini lilla hi ta'ala
niat di hati "Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Gerhana matahari
Usal li sunna ta kusufish shamsi rak 'ataini lilla hi ta'ala
niat di hati "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala"


  1. Takbiratul ihram
  2. Doa iftitah
  3. Al-Fatihah (pertama)
  4. surah al quran
  5. rukuk - baca tasbih sebanyak2nya
  6. iktidal
  7. Al-Fatihah (kedua)
  8. surah al quran
  9. rukuk - baca tasbih sebanyak2nya
  10. iktidal
  11. sujud (pertama)- baca tasbih sebanyak2nya
  12. duduk antara 2 sujud
  13. sujud (kedua) - baca tasbih sebanyak2nya
  14. ulangi langkah 3 hingga 13 untuk rakaat kedua.
  15. tahiyat akhir
  16. salam
jika berjemaah disunatkan diadakan khutbah gerhana menerangkan fakta kejadian gerhana dan mengaitkan dengan kepercayaan kepada Allah.

wallahualam bissawab...
sekian..
wassalam


Selasa, September 03, 2013

Harga minyak naik @ subsidi ditarik balik?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

kecoh satu Malaysia pasal harga minyak naik...pelik ak...harga minyak tu naik ke?mmg kalo istilah nampak macam naik...tp pada dasarnya subsidi minyak di tarik...

so,apa masalah nya?

kerajaan menarik subsidi minyak 20sen tapi kerajaan masih menanggung subsidi yang banyak...sbgai contoh subsidi beras,gula dan lain2 lagi...so,takat 20sen, takkan kita tak mampu kut...kete mahal2...makan mewah2...takkan 20sen seliter da nak mengamuk...sabar kawan2...sabar...

ini sbahagian dari ujian Allah untuk kita rakyat Malaysia...cuba kita pikir rakyat di benua Afrika...ad yang tak dapat makan langsung...kita baru harga minyak naik, da melenting...bersyukurlah kerana kita masih di beri subsidi...kalo takde subsidi mau ramai yg kelaparan...janganlah nak hidup mewah saje...cuba la rasa pe orang lain rasa...

ak malas nak celoteh banyak...apa yang ak nak, korang pikir balik...di mana kita sekarang...bukan di mana kita tinggal atau duduk saja...tp dimana tahap kita sekarang...MISKIN kah kita?tak bukan?BERLAPAR kah kita?tak juga...jadi?fikir2kanlah...

sekian...
wassalam...
wallahualam bissawab

Isnin, September 02, 2013

Cara Solat Aidilfitri dan Aidiladha

Assalamualaikum dan salam sejahtera

ciri2 solat :
  • 2 rakaat
  • rakaat pertama - 7 kali takbir
  • rakaat kedua - 5 kali takbir
  • boleh dilakukan berjemaah atau bersendirian
  • mempunyai kutbah - selepas solat sunat
cara2 solat :

dimulakan dengan niat
Aidilfitri : 
Usalli sunna ta li aidil fitri rak 'a tai ni lilla hita 'ala
niat di hati "Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat kerana Allah Ta'ala."

Aidiladha :
Usalli sunna ta li aidil adha rak 'a tai ni lilla hita 'ala
niat di hati "Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat kerana Allah Ta'ala."

teruskan niat tadi dengan cara2 berikut :
  1. Takbiratul Ihram - Allahuakhbar (wajib)
  2. Doa iftitah (sunat)
  3. Takbir pertama hingga ketujuh (sunat)
  4. Ketika takbir sunat diangkat tangan seperti Takbiratul Ihram (sunat)
  5. Selepas takbir, baca "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah hu wallah hu akbar" (sunat)
  6. Selepas takbir ketujuh, baca Al-Fatihah (wajib)
  7. Selepas Al-Fatihah, baca surah Al-'Ala (Sabbihis) atau surah Al-Kafirun (Kul ya) (sunat)
  8. Ruku' (wajib)
  9. Iktidal (wajib)
  10. Sujud (wajib)
  11. Duduk antara dua sujud (wajib)
  12. Sujud kedua (wajib)
  13. Qiam untuk rakaat kedua
  14. Takbir lima kali (sunat)
  15. Ulang tasbih ""Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah hu wallah hu akbar" (sunat)
  16. Selepas takbir kelima, baca Al-Fatihah (wajib)
  17. Selepas Al-Fatihah. baca surah Al-Ikhlas (kul hu wallah) (sunat)
  18. Seterusnya ulang cara 8 hingga 12
  19. Kemudian duduk tahiyat
  20. Tasyahhud
  21. Selawat
  22. Salam
begitulah serba ringkas cara2 solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha...bezanya cuma niat...

sekian..
wassalam...
wallahualam bissawab...

Solat Sunat Muakkad Berjemaah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Solat sunat yang dituntut(muakkad) secara berjemaah adalah lebih utama daripada solat sunat muakkad bersendirian. Ini kerana Nabi SAW melakukan solat sunat berikut secara berjemaah. Baginda juga tidak pernah meninggalkan solat sunat berikut. Berikut merupakan solat sunat yang dituntut untuk berjemaah :


sekian...
wassalam...
wallahualam bissawab

Ahad, Jun 16, 2013

Solat : Istikarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

  Entri kali ni di tulis kerana telah lama aku ingin kongsikan, tetapi tidak berkesempatan. Alhamdulillah hari ni Allah berikan aku peluang untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang aku miliki.

  Istikarah dari pandangan aku adalah melakukan solat sunat Istikarah di mana memohon petunjuk dari Allah dalam membuat pilihan untuk perkara yang harus. Itu hanya secara ringkasnya, untuk penerangan lebih jelas boleh merujuk kepada pakar agama atau para ustaz dan ustazah.

  Sebelum berIstikarah sebaiknya kita meminta pandangan dan nasihat daripada para ulama atau orang soleh berkenaan perkara yang ingin di minta. Ini di panggil sebagai 'musyawarah'. Seelok - elok orang yang ingin kita ber'musyawarah' ialah :

  • soleh dan bertakwa
  • berilmu
  • berpengalaman dalam sesuatu hal dengan jalan yang benar
  • amanah
  Di bawah merupakan langkah - langkah melakukan Istikarah.
Sebelum Istikarah :
  • Istikarah hanya pada perkara dunia yang harus sahaja
  • bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah atas dosa dan kesalahan yang dilakukan (sebaiknya melakukan solat sunat taubat)
  • neutral iaitu tidak mempunyai apa - apa kecenderungan terhadap pilihan yang ada
  • disunatkan bermusyawarah dengan orang yang boleh dipercayai atau pakar dalam sesuatu bidang sebelum Istikarah
  • memastikan diri tidak terlibat dengan sumber harta yang haram
  • memilih waktu berdoak yang mustajab
  • berwudhuk dengan sempurna
Semasa Istikarah :
  1. menunaikan solat sunat 2 rakaat
  2. bacaan surah : 
    1. Al - Fatihah dan Al - Kafirun
    2. Al - Fatihah dan Al - Ikhlas
  3. selepas salam, baca doa Istikarah berikut (bahasa melayu) : 
          Maksudnya : "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada Mu dengan ilmu Mu, dan aku memohon ketentuan daripada Mu dengan kekuasaan Mu, dan aku memohon daripada Mu dengan limpah kurniaan Mu yang besar. Sesungguhnya, Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkaulah Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutlah urusan yang dimaksudkan) baik bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirkan ia bagiku dan permudahkan serta berkatilah bagiku padanya. Seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutlah urusan yang dimaksudkan) mendatangkan keburukan bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkan aku daripadanya dan takdirkan kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya."
(Riwayat Ibn Majah, Abu Daud dan lain - lain)

Selepasa Istikarah :
  • meneruskan solat dan doa Istikarah sebanyak 3 kali berturut - turut.
  • memerhatikan alamat yang mungkin ada seperti mimpi atau kecenderungan hati
  • jika telah memperoleh jawapan, bersyukurlah kepada Allah
  • jika keputusan yang diambil kurang baik, maka mungkin disebabkan kurang peka dengan jawapan yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t., tersilap membuat pilihan, telah mempunyai kecenderungan hati sebelum Istikarah atau pelbagai kemunkinan lain. Oleh sebab itu, janganlah menyalahkan Allah, sebaliknya terimalah ia sebagai satu ujian yang menguji kemantapan iman terhadap qadak dan qadar.
Hasilnya :
  1. sebelum Istikarah : berserah diri kepada Allah s.w.t.
  2. semasa Istikarah : tenang
  3. selepas Istikarah : reda dengan ketentuan Allah s.w.t.

  Itulah langkah - langkah ringkas Istikarah. Di bawah akan aku senaraikan beberapa perkara tambahan Istikarah.

Kesalahan dalam Istikarah :
  • tiada ilmu tentang Istikarah
  • langsung tidak melaksanakan Istikarah
  • hanya menunggu mimpi atau alamat yang aneh tanpa mempertimbangkan alamat lain yang lebih penting seperti kelapangan fikiran, ketengan emosi, dan kemantapan hati
  • hati sudah ada kecenderungan dalam pilihan sebelum Istikarah
  • menyalahkan takdir atau menyesal dengan perkara buruk yang berlaku setelah Istikarah
Istikarah yang betul :
  1. mengakui kesalaha dan bertaubat
  2. bersih dalam pilihan
  3. mimpi, gerak hari dan pandangan
  4. mengulangi Istikarah
  Maka lengkaplah nota ringkas Istikarah. Jika nota ini berguna, kongsikanlah bersama orang tersayang. 

sekian,
wassalam
shafawi dzulkefli






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...