adsense

Iklan Berbayar

jejaka kacak @ gadis cantek

Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

Rabu, September 11, 2013

Jom Istighfar


Sabtu, September 07, 2013

Nama lain iblis di syurga

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

entri kali ni ak nak share pe yg ak baca :D

Nama-nama lain yang diberikan kepada iblis di syurga


  1. langit pertama - ar-Rafii'ah (ahli ibadah)[al-Abid]
  2. langit kedua - al-Maa'uun (ahli ruku)[ar-Raki]
  3. langit ketiga - al-Maziinah(ahli sujud)[as-Saajid]
  4. langit keempat - az-Zahirah (slalu merendah dan takluk kepada Allah)[al-Khaasyi]
  5. langit kelima - al-Muniirah (selalu taat)[al-Qaanit]
  6. langit keenam - al-Khaliishah (bersungguh2 dalam beribadah)[al-Mujtahid]
  7. langit ketujuh - al-Ajiibah (sederhana dalam menggunakan sarana hidup)[az-Zahid]
sekian...
wallahulam bissawab
wassalam

Iblis ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

topik kali ni takde apa sangat...just ak nak update blog yg semak ni..hohoho...

korang kenal tak iblis ni?azazil?sape dia ni sebenarnya ye?ak rasa mesti korang tau skit2 pasal dia...sbb da tertulis pun dalam quran pasal iblis ni...so, pe yg menarik sangat?

ak nak tanya korang, iblis tu dari golongan apa?malaikat?jin?syaitan?

kalo korang tau jawapannya sila tinggalkan komen dan letak skali bukti@dalil...nak tau sbb pe ak tanya?sbb ak un tak tau..so,kepada yang cerdik pandai bole la tinggalkan komen korang ye...

anyways thanks coz drop by here :D

sekian..
wassalam...
wallahualam bissawab

Rabu, September 04, 2013

Keutamaan solat sunat rawatib

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

"Sesiapa yang selalu mengerjakan dua belas rakaat daripada solat sunat, maka Allah membangun rumah baginya di syurga. Empat rakaat sebelum Zohor dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak dan dua rakaat sebelum Subuh."

untuk lebih jelas seperti berikut


  1. sebelum Zohor - 4 rakaat
  2. sesudah Zohor - 2 rakaat
  3. sesudah Maghrib - 2 rakaat
  4. sesudah Isyak - 2 rakaat
  5. sebelum Subuh - 2 rakaat
wallahualam bissawab..
wassalam

Cara solat sunat gerhana matahari dan gerhana bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

ciri2 solat :

  • 2 rakaat
  • setiap rakaat mempunyai 2 qiam
  • setiap rakaat 2 bacaan Al-Fatihah
  • setiap rakaat 2 rukuk
  • setiap rakaat 2 sujud

cara2 solat :

Niat
Gerhana bulan
Usal li sunna ta ghusufil komari rak 'ataini lilla hi ta'ala
niat di hati "Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Gerhana matahari
Usal li sunna ta kusufish shamsi rak 'ataini lilla hi ta'ala
niat di hati "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala"


  1. Takbiratul ihram
  2. Doa iftitah
  3. Al-Fatihah (pertama)
  4. surah al quran
  5. rukuk - baca tasbih sebanyak2nya
  6. iktidal
  7. Al-Fatihah (kedua)
  8. surah al quran
  9. rukuk - baca tasbih sebanyak2nya
  10. iktidal
  11. sujud (pertama)- baca tasbih sebanyak2nya
  12. duduk antara 2 sujud
  13. sujud (kedua) - baca tasbih sebanyak2nya
  14. ulangi langkah 3 hingga 13 untuk rakaat kedua.
  15. tahiyat akhir
  16. salam
jika berjemaah disunatkan diadakan khutbah gerhana menerangkan fakta kejadian gerhana dan mengaitkan dengan kepercayaan kepada Allah.

wallahualam bissawab...
sekian..
wassalam


Isnin, September 02, 2013

Cara Solat Aidilfitri dan Aidiladha

Assalamualaikum dan salam sejahtera

ciri2 solat :
  • 2 rakaat
  • rakaat pertama - 7 kali takbir
  • rakaat kedua - 5 kali takbir
  • boleh dilakukan berjemaah atau bersendirian
  • mempunyai kutbah - selepas solat sunat
cara2 solat :

dimulakan dengan niat
Aidilfitri : 
Usalli sunna ta li aidil fitri rak 'a tai ni lilla hita 'ala
niat di hati "Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat kerana Allah Ta'ala."

Aidiladha :
Usalli sunna ta li aidil adha rak 'a tai ni lilla hita 'ala
niat di hati "Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat kerana Allah Ta'ala."

teruskan niat tadi dengan cara2 berikut :
  1. Takbiratul Ihram - Allahuakhbar (wajib)
  2. Doa iftitah (sunat)
  3. Takbir pertama hingga ketujuh (sunat)
  4. Ketika takbir sunat diangkat tangan seperti Takbiratul Ihram (sunat)
  5. Selepas takbir, baca "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah hu wallah hu akbar" (sunat)
  6. Selepas takbir ketujuh, baca Al-Fatihah (wajib)
  7. Selepas Al-Fatihah, baca surah Al-'Ala (Sabbihis) atau surah Al-Kafirun (Kul ya) (sunat)
  8. Ruku' (wajib)
  9. Iktidal (wajib)
  10. Sujud (wajib)
  11. Duduk antara dua sujud (wajib)
  12. Sujud kedua (wajib)
  13. Qiam untuk rakaat kedua
  14. Takbir lima kali (sunat)
  15. Ulang tasbih ""Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah hu wallah hu akbar" (sunat)
  16. Selepas takbir kelima, baca Al-Fatihah (wajib)
  17. Selepas Al-Fatihah. baca surah Al-Ikhlas (kul hu wallah) (sunat)
  18. Seterusnya ulang cara 8 hingga 12
  19. Kemudian duduk tahiyat
  20. Tasyahhud
  21. Selawat
  22. Salam
begitulah serba ringkas cara2 solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha...bezanya cuma niat...

sekian..
wassalam...
wallahualam bissawab...

Solat Sunat Muakkad Berjemaah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Solat sunat yang dituntut(muakkad) secara berjemaah adalah lebih utama daripada solat sunat muakkad bersendirian. Ini kerana Nabi SAW melakukan solat sunat berikut secara berjemaah. Baginda juga tidak pernah meninggalkan solat sunat berikut. Berikut merupakan solat sunat yang dituntut untuk berjemaah :


sekian...
wassalam...
wallahualam bissawab

Duduk yang pahalanya seperti mengerjakan haji

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk berzikir kepada Allah SWT sampai terbit matahari, kemudian dia solat sunat dua rakaat, maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah secara sempurna..."

dalam hadis lainnya yang bermaksud :

"Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah, seolah-olah dia mengerjakan solat sepanjang malam"

wallahualam bissawab...
sekian..
wassalam...

Ahad, September 01, 2013

Selepas Subuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

nak buat pe after subuh?haaa...baca al mathurat...moga2 murah rezeki dan dilindungi dari pagi sampai ke petang...petang baca al mathurat lagi sekali...macam mana al mathurat tu?kat bawah ni video nya...
al mathurat ad 2,ad panjang dan pendek...yang ni version pendek punya atau sughra...so,jgn lupa tuk baca ni slalu...jadikan amalan...insyaallah peroleh barakah dan insyaallah di murahkan rezeki dan di lindungi...

sekian...
wassalam..
wallahualam bissawab

Niat - permulaan segala amalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab R.A., aku mendengat Nabi S.A.W bersabda : "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu."
(HR al-Bukhari dan Muslim)

keterangan :
-amalan hanya dikira jika disertakan niat.amalan ialah segala perbuatan dan perkataan yg dilakukan sama ada wajib atau sunat, sedikit atau banyak..

- hijrah ialah meninggalkan sesuatu utk sesuatu yg lain sbgai contoh tinggalkan perbuatan jahat utk menjadi baik...

sekian..
wassalam...
wallahualam bissawab

Sabtu, Ogos 31, 2013

Solat dan Puasa yang disukai Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
"Puasa yang paling disukai Allah adalah puasa Nabi Daud. Beliau berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Dan solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud. Beliau tidur separuh malam, solat sepertiga malam dan tidur lagi seperenam malam"
(HR Bukhari dan Muslim)

sekian...
wassalam...
wallahualam bissawab

Jumaat, Ogos 30, 2013

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

"Sesiapa yang membaca Qul Huwallahu Ahad 10 kali, maka Allah membangun sebuah rumah baginya di syurga."

dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

"Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali seolah-olah dia telah membaca Al-Quran secara keseluruhannya."


ayuh sama2 kita baca surah Al-Ikhlas...smoga berat timbangan kita di sana kelak...insyaallah...

sekian..
wassalam...
wallahualam bissawab

Khamis, Ogos 29, 2013

Kelebihan Surah Al-Kahfi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bercahayalah baginya nur di antara dua Jumaat."

sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud

"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, bercahaya baginya nur di antaranya dengan Baitul Atiq."

cahaya yang dimaksudkan berkemungkinan cahaya hidayah...atau mungkin berupa sakinah(ketenangan)

Baitul Atiq = Baitullah

sekian..
wassalam..
wallahualam bissawab

Rabu, Ogos 28, 2013

Mudahnya Menghapus Dosa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

"Apabila berwuduk seseorang hamba beriman, kemudian dia berkumur-kumur, maka keluarlah dosa2 dari mulutnya. Jika dia membasuh hidung, keluarlah dosa2 dari hidungnya. Jika dia membasuh mukanya, maka keluarlah dosa2 dari mukannya, termasuk dari bawah alis mata.

Ketika dia membasuh tangannya keluarlah dosa dari tangannya, termasuk dari bawah kukunya. Ketika dia menyapu kepalanya keluarlah dosa2 dari kepalanya, termasuk dari telinganya. Ketika dia membasuh kakinya keluarlah dosa dari kakinya, termasuk dari bawah kuku jari kakinya. Sehingga berjalannya ke masjid, begitu juga solatnya tinggal menjadi amalan sunat (menambah pahala) baginya."

begitu pemurah Allah yang Maha Esa sehingga setiap bahagian yang kita sucikan dengan wuduk gugurlah dosa2 dari bahagian tersebut...masyaallah...

semoga kita tergolong dalam orang beriman dan beramal soleh...
insyaallah...

sekian..
wassalam...
wallahualam bissawab

Selasa, Ogos 27, 2013

Zikir Yang Berlipat Ganda

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

zikir yang berlipat ganda itu ialah

Subhanallah hi wabihamdihi 'adada kalkihi waridho nafsihi wazinata 'arsyihi wamidada kalimatihi

maksudnya :
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Nya sebanyak bilangan makhluk Nya, seluas keredaan Nya, seberat Arasy Nya dan sebanyak kalimat Nya."

sekian..
wassalam..
wallahualam bissawab

Keutamaan Zikir Nabi Yunus

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

zikir Nabi Yunus ialah seperti yang disebutkan dalam surah Al-Anbiya' ayat 87 yg bermaksud

"Tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

"Setiap orang muslim yang membaca doa ini empat puluh kali dalam penyakitnya, kemudian dia mati dalam penyakitnya itu, maka dia mendapat pahala mati syahid, kalau dia sembuh, bererti semua dosanya sudah diampuni."

sekian..
wassalam...
wallahualam

Ahad, Ogos 11, 2013

Bacaan untuk menggugurkan dosa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rasulullah SAW bersabda ertinya
"Sesungguhnya Alhamdulillah, Subhanallah, Lailahaillallah dan Allahuakhbar, akan menggugurkan dosa-dosa seseorang hamba sebagaimana gugurnya daun pokok ini."

4 zikir yang di sebut adalah Tahmid, Tasbih, Tahlil dan Zikir...

bacaan biasa utk zikir ini ialah :

"Subhanallah Walhamdulillah Wala ila haillallah Allahuakhbar"
ertinya
Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

dalam hadis lain dikatakan bahawa zikir ini adalah yg paling berat timbangannya.

Insyaallah...jika kita ikhlas membacanya pasti kita dapat ganjarannya :D

sekian..
wallahualam...

Isnin, Ogos 05, 2013

3 hari saja lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

apa kabar?harap korang sihat sejahtera...
entri kali ni just nak share sumting berguna...
Ramadhan tinggal 3 hari je lagi...jadi, gunakanlah baki hari yang ad ni sebaik mungkin...

amalkan zikir yang paling disukai Allah...di kala kita sedang dalam suka mahupun duka...

Subhanallah, Walhamdulillah, Wala ila haillallah, Allahuakhbar

ertinya :
"Maha Suvi Allah, segala puji bagi Allah dan tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar."

Dalam riwayat lain :
"Perkataan yang paling utama setelah Al-Quran ada empat. Keempat-empat kalimat itu merupakan bahagian dari Al-Quran."

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Ada dua kalimat yang ringan untuk diucapkan namun berat dalam timbangan dan sangat disukai Allah"

iaitu :

Subhanallah hi wabihamdih, Subhanallah hil a'zim

ertirnya :
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung."

semoga dengan perkongsian ini dapat kita sama2 mengumpul amal kebaikan di bulan yang mulia dan bahagia ini...insyaallah...

sekian dari ak...
wassalam...
wallahualam...

sumber - Fadilat-fadilat Amal : Amalan-amalan ringan tetapi besar pahalanya

Isnin, Julai 29, 2013

Al Mathurat Sughra

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

selamat pagi dan salam isnin...

jom sama2 kita amalkan bacaan Al Mathurat di subuh hari...

semoga dengan bacaan kita dapat menenangkan jiwa dan rohani kita serta menambahkan lagi ganjaran pahala kita di sana kelak...insyaAllah...


Ahad, Julai 28, 2013

Ayat Kursi


255 - Allah, tidak ada Tuhan selain Dia. Yang Maha hidup, yang terus menerus mengurus (makhluk Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada yang dapat memberikan syafaat di sisi Nya tanpa izin Nya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu Nya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Maha Tinggi, Maha Besar

KURSI - sebahagian mufasir mengertikan dengan ilmu Allah, ada pula yang mengertikan dengan kekuasan Nya, dan juga yang mentafsirkan lain
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...