adsense

Iklan Berbayar

jejaka kacak @ gadis cantek

Memaparkan catatan dengan label Resipi Masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resipi Masakan. Papar semua catatan

Selasa, Februari 01, 2011

resipi mudah : puding koktel !!

bahan2 :
1 cawan tepung kustad
4 cawan air
1 tin susu cair
garam secukup rasa
1 cawan gula
1 tin buah-buahan campuran (yg boleh di dapati di Tesco)
1 tin laici (kat kedai mamak blakang rumah pun boleh)
1 tin nata de coco
1 sudu teh esen vanila

cara2 :
1) didihkan 3 cawan air bersama 1 cawan gula
2) bancuhkan satu cawan air bersama 1 cawan tepung kustad
3) setelah campuran air dan gula mendidih,masukkan bancuhan tepung kustad tadi
4) kacau sehingga sebati
5) masukkan campuran tadi kedalam bekas acuan (x kesah camne bentuk bekas acuan pun...)
6) simpan kedalam peti sejuk
7) masakkan 1 tin susu cair dengan api yg perlahan bersama esen vanila dan secukup garam (campuran ini boleh di campurkan air untuk mengurangkan rasa susu)
8) sejukkan campuran susu cair tadi kedalam peti sejuk
9) potongkkan campuran kustad tadi secara berbentuk dadu
10) hidangkan potongan kustad bersama2 buahan2 campuran dan juga campuran susu tadi tidak lupa juga nata de coco serta ais cube(nak bagi sejuk lagi)

proses tamat...

sbenarnye kejap je wat bende ni...tapi ak saje bagi nampak proses dia byk...nak mudahkn korang faham...so,pada korang,boleh la mencuba ye...yg tang gula tu,korang boleh la tambah lagi kalo korang suka manis2 dan nak potong kaki cepat...agagaag....selamat mencuba semua...

resipi mudah : krim karamel !!

bahan2 :
7 biji teluq ayam
1 tin susu pekat manis
1 tin air
1 sudu teh asin vanila
7 sudu besar gula (bahan karamel)

cara2 :
1) masukkan telur,susu,air dan asin vanila kedalam mangkuk ayun pukul sehingga kembang
2) kemudian,masak gula dalam loyang sehingga gula kelihatan keperang-perangan
3) masukkan bancuhan tadi(telur,susu,air dan asin vanila) kedalam loyang yang berisi gula yang telah di masak
4) kukus bahan tadi selama 40 hingga 45 minit
5) setelah kukus,masukkan kedalam peti sejuk

porses slesai...
enak di hidangkan bersama ais krim vanila/krim strawberi...
slamat mencuba...

actually,ayah ak mmg suka bende ni...ni mmg feveret desert ayah ak la...boleh katakn setiap kali ada kenduri je,mesti dia nak akak ak wat bende ni...dan,akak ak mmg terbaek kalo wat bende ni...sedap uuuuuuuuuuu...try,jgn x try...

Khamis, Januari 20, 2011

simple : sup telur tom yam...nyum3...

entry hari ni ak nak ajar camne nak masak bende yg simple tapi boleh tahan sedapnye...ak suka resepi ni sebb ianya simple,x perlu banyak bahan dan x brape remeh sgt la...agagagaga....

bahan2 yg di perlukan :
telur 3 biji
bawang besar 1 biji
bawang putih 1 biji
kiub tom yam Knorr™ 1 kiub
garam
air 1 setengah cawan

cara2nya :
goreng bawang besar n putih dengan minyak yg sedikit...bila nampak kekuning-kuningan masukkan air,tunggu sehingga mendidih...kemudian masukkan kiub tom yam Knorr™ dan pastikan ianya larut sepenuhnya...akhir sekali masukkan 3 biji telur yg telah di pecahkan ke dalam sup tadi...tunggu sehingga telur masak,tutup api dan sedia untuk di makan...

senang bukan??
ni merupakan resepi yg bagus kalo nak save bajet or malas nak pi kedai dan bende2 tu je yg tinggal...jadi boleh guna resepi ni...resepi ni x di galakkan sgt,sbb x baik untuk kesihatan...sbb x de sayur...agagaga...so,kalo korang nak tambah kobis kedalam resepi ni un boleh gak...mmg sesuai...tapi nanti da jadi tom yam btul la plak an...kui3...pepe pun...slamat mencuba...

Selasa, Disember 21, 2010

Resipi : Sotong Goreng Tepung !!

hahahah...menarik x tajuk post ak kali ni?ape?x menarik?kalo x menarik x perlu la baca...tp kalo anda rasa menarik,truskan la membaca...hik3...

jom memasak bersama Chef Awie !!


hari ni kita nak masak seperti tajuk di atas...
nak masak menu ni senang je...

bahan-bahan yang di perlukan :
5 ekor sotong
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 biji telur
garam
gula

cara-caranya :
- potong sotong menjadi bulat seperti bentuk cincin
- kemudian rebuskan sotong kepada separa masak dan tuskan
- seterusnya ; satukan tepung gandum , tepung jagung , rempah kari , serbuk kunyit , garam dan gula secukup rasa kemudian masukkan telur dan kacau rata ( jika terlampau pekat,masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan jadi kurang pekat )
- celup sotong goreng yang telah di potong dan di rebus kedalam adunan tepung dan goreng dengan minyak yg panas
- angkat dan tuskan minyak pada sotong dan hidangkan ; sotong sedia untuk di makan :D

selamat mencuba !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...