adsense

Iklan Berbayar

jejaka kacak @ gadis cantek

Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan

Isnin, Julai 15, 2013

Tip Cinta : aksi romantik spontan bahagiakan pasangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

kali ni kita cite sal cinta lak...macam mana kita nak rasa romantik kalo perbuatan kita tak seromantik kata2 kita...so,di sini ak nak share aksi@gaya@perbuatan kita yang akan membahagiakan pasangan kita...ini sekadar tip, tak mungkin betul semuanya...sebb setiap manusia berbeza pendapat dan pandangan...so,lets read...


  1. aksi cuit mencuit 
  2. kenyit mata - ni paling spontan dan sangat2 menarik kalo lakukan kat pasangan kita :D
  3. memegang tangan - sekali sekala pegang la tangan pasangan, romantik sangat :D
  4. berbisik di telinga - slalu orang kata tiupkan?tiup time malam, ni time selain malam tu...pasti menarik jika lakukan begini...nampak sweet bukan?
  5. memeluk pinggang dari belakang - ni macam dalam cite Titanic ...
  6. suap makanan di mulut - aksi ni kalo buat mmg sangat2 romantik...macam kali pertama makan beradab time majlis perkahwinan (sape yang da kawin je...)
  7. ciuman di dahi - sebaiknya kaum adam selalu buat camni bila nak pi kerja :D pasti akan menghidupkan lagi rasa romantik kaum hawa :D
cukuplah sekadar 7 tip ini...insyaAllah, ada masa ak akan share yg lain2 plak...

sekian...
wassalam..
wallahualam...

Ahad, Julai 14, 2013

pantang larang dalam percintaan

cinta adalah satu kalimat yang suci dan nikmat yang Allah berikan kepada semua makhluk...bagi kita manusia cinta melambangkan kasih dan sayang kita kepada seseorang...untuk melafazkan kata CINTA memang mudah...tp untuk timbulkan CINTA dalam hati, itu yang susah...

dalam setiap perkara pasti ada BAIK dan BURUK...pasti juga anda benda yang BOLEH di buat dan TAK BOLEH...so,yang tak boleh kita panggil sebagai PANTANG LARANG...sbb pe?sbb lagi DILARANG, lagi kita LANGGAR...kui3...

kita perlu ingat beberapa pantang larang di bawah...

1 - cinta bukanlah satu PERLUMBAAN

2 - jangan membangkitkan SOAL BANGSA

3 - jangan bangkitkan SOAL NEGARA atau TEMPAT ASAL pasangan

4 - jangan terlalu memuja pasangan

5 - jangan berpura - pura mencintai pasangan

cukuplah sekadar 5 pantang larang ini dahulu...insyaallah di masa akan datang akan di update lagi..

sekian..
wassalam

8 sikap isteri buat suami makin mencintai

wanita hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah. itulah kata2 yang dapat menggambarkan betapa istimewanya kaum hawa@wanita.jika ingin dicintai suami maka cubalah berubah menjadi individu yg disukai suami..

di bawah ini adalah 8 sikap ISTERI yang membuatkan SUAMI makin mencintai si ISTERI :D

1 - BERSIKAP KEANAK - ANAKKAN (jgn keterlaluan)

2 - TERBUKA MENERIMA HULURAN MAAF

3 - PENAMPILAN CANTIK DAN MENARIK

4 - BIJAK BERKOMUNIKASI

5 - SENANG BERGAUL DAN MUDAH MENSESUAIKAN DIRI

6 - BERSIKAP PRIHATIN DAN SIMPATI

7 - MENGHARGAI DIRI SENDIRI

8 - PANDAI MENGAMBIL HATI DAN TUMPUAN

rasanya tak perlulah ak nak kupas satu2...cukuplah sekadar ringkasan ayat...insyaallah jika para ISTERI lakukan perkara2 di atas, insyaallah SUAMI akan lebih mencintai anda :D

semoga berjaya semua..
sekian..
wassalam...

Sabtu, Julai 06, 2013

TIps : 8 Ciri Lelaki Buruan Wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

untuk entri kali ni ak copy paste dari pembacaan ak yang lama...ni gara2 malas nak menaip...so,lets check it out...

1. Yakin Pada Diri

Keyakinan diri adalah kualiti penting yang sering di cari oleh wanita, lekukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. yang paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki sejati. Sebaliknya kamu harus berikan alasan kukuh, kenapa kamu tidak boleh lakukan. penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.

2. Pandai Buat Lucu

Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. lebih teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu fasal. Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar Berlawak secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hatinya. Lawak bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan terua merindui karenahmu.

3. Romantik

Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukanya gatal atau miang, lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biar seseorang wanita itu kelihatan ‘rugged’ atau agresif. namun dalam hal teman lelaki, kebantakannya memilih yang romantik.

4. Wang

Tidak disangkal lagi ramai wanita bersifat materialistik atau mata duitan. Mereka hanya mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja. Selain bekerja, kamu juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu kamu menjadi kaya suatu hari nanti. Belilah baju atau kasut jenama, kamu bakal mencuri pandang wanita. biar papa asal bergaya. papa dalam hal ini adalah kamu perlu menyesuaikan diri dengan gaya orang kaya. Biar terpaksa mengeluarkan wang yang lebih sedikit, namun hasilnya hanya kamu yang mendapat nikmatnya. Umpama membeli kereta BMW walaupun tanpa aksesori, ia tetap di lihat gah berbanding dengan kereta biasa yang penuh dengan aksesori.

5. Bijak

Wanita sering mengimpikan mendapat seorang lelaki yang berpenddikan dan pandai. Jika kamu berasakan kamu kurang bijak, mungkin kamu boleh mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa kamu mendengar berita CNN dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti kamu adalah seorang ahli akademik. caranya, baca ulasan buku seolaholah kamu telah membaca keseluruhan buku tersebut. pakilah cermin mata yang tidak berkuasa untuk memperlihatkan kamu bergaya seperti seorang intelek.

6. Sensitif.

Setiap kali pasangan kamu bercakap, dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola mata hitamnya. malah mungkin kamu boleh berkata ” saya memahami perasaan awak” bagaimanapun jangan pula kamu terlalu sensitif kerana sebagai tempat berlindung tentulah mereka memerlukan pohon yang kukuh.

7. Suka Kanak-Kanak

Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kenak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai kanak-kanak yang di temuinya. kamu memberikan perhatian kepadanya. Selepas itu kamu pula boleh mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu. perbuatan kamu ini secara tidak langsung akan memperlihatkan yang kamu memang layak menjadi bapa yang penyayang.

8. Bijak Berdandan

Lelaki juga kena pandai merawat atau memanjakan tubuh. bagi yang mempunyai kulit berminyak, kamu perlu meluangkan masa untuk melakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain muncul. Selain berpakaian kemas dan sesuai. Kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. pendek kata, kebersihan tubuh mesti di jaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan kamu dan si dia nanti.

tapi bukan semua yang kat atas ni smua pompuan cari...sebab kita manusia,masing2 punya pilihan dan pandangan masing2...dan lagi satu,tiada manusia yang sempurna di dunia...cukuplah kita elok di mata Allah...

sekian...
wassalam

Ahad, Jun 23, 2013

Teman Selamanya : Soleh dan Solehah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

entri tengah pagi buta ni akan ak citekan serba sedikit pasal teman selamanya yang bakal kita jadikan sebagai suami/isteri...bila kita memilih calon,sudah pasti kita memilih calon yang soleh/solehah...tp kita kena ingat "lelaki yang baik utk wanita yang baik dan begitu juga sebaliknya".jadi untuk menyebut soleh/solehah mmg la mudah, tp untuk mendidik diri menjadi seorang soleh/solehah satu perkara yang memerlukan keikhlasan dan menjaga akhlak sbgaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud "orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah paling muda akhlaknya" (hr tirmidzi dan an-nasai)

jadi,untuk mendapat teman yg soleh/solehah, kita perlulah memperbetulkan diri sendiri dengan menguatkan lagi keimanan diri kita. ini sekaligus memperbaiki akhlak kita sbgai seorang mukmin berbalik kepada hadis Rasulullah s.a.w dalam perenggan pertama.

di bawah ini di senaraikan panduan utk mendidik diri menjadi soleh/solehah agar berjaya mendapat pasangan yang soleh/solehah.

Taat Perintah Allah
ini adalah perkara paling penting utk menjadikan kita seorang muslim yang beriman dan beramal soleh. jika kita terus mengikut dan mentaati perintah Allah, insyaallah kita bakal 'jutawan pahala' di akhirat kelak. kepada kalian yang mendapat pasangan yang sebegini sngat2lah beruntung kerana ketaatan dan kepatuhannya pada Allah s.w.t.

Menjaga Hati Ibu Bapa
tanpa ibubapa siapalah kita sekarang. dan kita tidak sepatutnya bersikap biadap atau menderhaka kepada ibu bapa kerana mereka telah banyak berjasa pada diri kita. Sesungguhnya keredhaan Allah s.w.t. bergantung kepada keredhaan ibu bapa kita sebagaimana firman Allah dalam surah al-Isra; ayat 23 yg bermaksud "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharamu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun berkata "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

Merendah Diri dan Hati
sebagai manusia yang mempunyai akal spatutnya kita sedar bahawa segala yang kita miliki sekarang hanyalah pinjaman semata-mata dan tidak boleh bawa ke 'sana' kelak. jadi sentiasalah bersyukur dengan apa yang di kurniakan dan sentiasalah meringankan tangan membantu yang susah.

Berbuat Baik Sesama Manusia dan Makhluk Lain
ini adalah antara perkara yang di tuntut dalam Islam. berbuat baik sesama manusia dengan membantu dan menolong manusia yang dalam kesusahan. selain manusia, kita juga di tuntut untuk menjaga keharmonian alam sekitar@makhluk lain.

Memilih Kawan Yang Baik
kita di dunia ni tak mungkin boleh hidup sendirian, kita memerlukan keluarga dan juga kawan. ini kerana selain keluarga kawanlah yang menjadi teman kita sewaktu suka dan duka. jadi, utk dapatkan pasangan yang baik, ikhlas dan mulia akhlaknya hendaklah kita berkawan dengan orang yang baik. Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Seseorang itu dinilai (akhlaknya) dengan agama kawannya, maka perhatikanlah dengan siapa dia berkawan." (hr abu daud dan tirmidzi). jadi pilih la kawan yang baik, berilmu dan bole di jadikan teladan dan bukannya sbgai lawan.

oleh yang demikian, jagalah IMAN kita, smoga kita bertemu teman yang soleh/solehah. Insyaallah.

wallahualam,
sekian,

Selasa, Januari 18, 2011

adakah kehilangan yang lain sama seperti kehilangan kekasih hati ??

pernahkah anda mencintai seseorang dan di kecawakannya, dengan meninggalkan diri anda?pernah anda rasa kepedihannya?adakah kepedihan lain yg sama dengan kepedihan itu?humph...kalo ikutkan mmg ada...kehilangan seseorang di sbbkan kematian...tapi kita x boleh nak bandingkan kematian dengan bukan kematian...kerana kematian mmg menjadi lumrah manusia....tidak dapat di nafikan lagi smua manusia akan menemui mati...dan kita tahu,dengan kematian kita akan kehilangan seseorang daripada muka bumi ini buat selama2nya...tapi jika di tinggalkn,kita akan merasa satu kejutan yg amat sangat dan amat susah untuk hilangkannya berbnding dengan orang yg tingglkn kita dengan kematian...ini berlaku sbb kita tahu org yg kita syg tu masih ad di dunia ni,cuma kita tidak dapat nak berjumpa dia seperti dulu,kita gak x bleh nak mencari nya lagi seperti dulu dan kebanyakan perkara yg kita lakukan bersamanya tidak dapat di lakukan lagi...kita juga tiada kekuatan untuk berjumpanya dan mengetahui kebenaran mengapa dia tinggalkn kita...kita berasa begitu lemah untuk menerima gurisan di hati sekali lagi...bak kata pepatah "pisang takkan berbuah 2 kali"...jadi,kita terpaksa hidup dalam kesakitan itu sendiriran...setiap masa rasa seperti kematian...

apabila kita menangis untuk org yg kita cintai, tangisan itu lebih berharga daripada permata di syurga...tangisan kita tidak lagi dapat di kongsikan dengan sesiapa...bila kita berceritakan tentg cerita ni kepada orang lain,mereka akan mengatakan kita bodoh...dan bermula saat itu kita ingin menyindiri dan hanya menyimpan luka yg terpendam di dalam hati...dan kesakitan itu membunuh kita dengan perlahan tapi kematian itu pasti...

ad sesiapa yg dapat mengatasi masalah ni?walaupun ada,ianya mmg sukar...fakta yg kita perlu tahu 'seitap kali kita jatuh cinta,itu akan menunjukkan personaliti diri kita'...cuba lihat bila kita kehilangan org yg kita syg....kita x dapat melupakan kasih syg yg telah kita bina sblum ini dan kita meratapi kehilangan itu,mengapa?...jika anda x percaya apa yg ak katakan,cuba anda pisahkan antara seorang ibu dan seorang anak...anda akan faham ap yg ak katakan... kenapa si ibu begitu sedih bila anaknya dipisahkan darinya?ini kerana si ibu telah menjaga si anak selama 9 bulan 10 hari di dalam rahimnya...bukan itu saja,dia menjaga si anak selepas di lahirkan...tidak cukup dengan itu,detiap kali si anak menangis di kala malam,si ibu sanggup meringankan diri untuk melihat keadaan si anak...kehilangan anaknya mmg tidak dapat di tanggung oleh si ibu...

begitu juga dengan kita yg menyayangi org yg kita syg sepenuh hati...kita selalu ambil berat tentangnya seperti dia diri kita...dan kita rasa dia sebahagian daripada kita...jadi,bila org yg kita syg meninggalkan kita,kita akan berasa begitu sedih seperti si ibu rasakan apabila kehilangan anaknya...dan kehilangan itu tiada tolak bandingnya....apa yg kita boleh lakukan utk hilangkan kedukaan ini?tiada sesiapa yg dapat membantu selain daripada diri kita sendiri yg mengambil tindakan...walaupun kita boleh buat perkara lain dan membiarkan luka itu terpendam...tp lama kelamaan pasti kita akan di selubungi perasaan luka itu semula...

renung-renungkan...

Rabu, Disember 22, 2010

Tip Cinta : Tanda da jatuh c.i.n.t.a




cinta lagi?hahaha...yup...untuk post hari ni,ak nak bagi tip cinta untuk korang...tip hari ni nak bagitau korang pasal tanda-tanda kita jatuh cinta...lets check it up...


Tanda-tanda anda sudah jatuh CINTA :


Jika sebelum ini anda selalu marah-marah dan marah terlalu lama , tetapi apabila anda marah terhadap orang yang anda jatuh cinta , anda akan sentiasa mengawal marah dan tidak akan marah terlalu lama


Anda akan sentiasa merinduinya walaupun baru sahaja berjumpa tidak sampai beberapa jam


Jika sebelum ini anda sentiasa ingin sampai cepat ke sesuatu destinasi bila berjalan dengannya , tetapi sekarang tidak lagi , anda akan berjalan lebih perlahan daripada biasa kerana anda mahu lebih lama berdampingan dengannya


Jika sebelum ini anda "open minded" bila bersama dengannya , sekarang tidak lagi kerana bila anda bersama dengannya anda akan berasa tersipu-sipu malu dan segala perkara yang dahulunya anda suka buat bersamanya , sekarang susah rasa nak lakukannya lagi


Dahulu anda tidak pernah fikir tentangnya , tapi bila sekarang , asyik terfikir tentangnya saja bukan itu saja , bila anda berfikir tentangnya jantung anda akan berdegup laju


Apabila anda mendengar suaranya , tidak kira waktu bila pun , anda akan tersenyum tanpa sebarang sebab


Apabila anda melihatnya , anda tidak akan pedulikan akan orang sekeliling anda . Apa yang penting bagi anda , anda dapat melihatnya seorang saja


Sekarang anda akan selalu terhidu baunya walaupun si dia tidak ada di samping anda


Anda juga akan mula tersenyum sendirian apabila berfikir tentang dirinya


Jika dulu anda biarkan dia melakukan segalanya sendiri , tapi sekarang tidak lagi . Anda akan selalu membantunya dalam setiap perkara dan anda juga sanggup melakukan segala perkara untuknya


Jika sebelum ini anda tidak ambil kisah akan apa yang dilafazkan olehnya , tapi tidak lagi sekarang , segala apa yang dilafazkan olehnya begitu penting bagi anda dan ianya begitu bermakna


Anda akan lebih bersemangat apabila si dia yang memberikan kata-kata semangat


Apabila anda ada masalah dan si dia ada di sisi atau menelefon anda , segala masalah seperti telah selesai


Apabila anda melihat pasangan lain sedang berduaan anda akan membayangkan bahawa anda berada dalam situasi itu bersama si dia


Sewaktu anda membaca post ini , saya pasti anda sedang memikirkan seseorang dalam fikiran anda


jadi , jika anda ada perasaan seperti di atas , janganlah nak nafikan lagi yang anda telah jatuh cinta pada si dia :P walaupun saya tidak tahu , tapi anda dan Allah mengetahuinya :D

so , jangan la anda jadi nerd sangat cam mamat sorang kat atas ni...anda lafazkan kata hati anda tu pada si dia...kalo lamabt risau kena cekup orang lain je...hik3...macam lirik lagu kalau berpacaran

p/s : selepas anda dah baca semua perkara di atas , apa pandapat anda ??

Jumaat, Disember 17, 2010

Tip Cinta ???



hahahhaha...nape,x caya ke ak nak wat post camni ha?caye ke x caye ke,korang layan je la...ahaks...zasssssssssssssssss...




tips nak kekal lama di kala berpacaran !!

1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .

9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda
Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

hahahhaa...ak tau mesti korang x caya ak yang tulis bende ni an?so,mmg bende ni bukan ak yang tulis un...credited to the owner of this tips...thx to her !! :D
pepe pun ak rasa tips ni berguna pada siapa yang berpacaran n nak kekal lama...smoga jodoh korang kekal berpanjangan sehingga ke akhir hayat...amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...