ciri2 solat :
- 2 rakaat
- rakaat pertama - 7 kali takbir
- rakaat kedua - 5 kali takbir
- boleh dilakukan berjemaah atau bersendirian
- mempunyai kutbah - selepas solat sunat
cara2 solat :
dimulakan dengan niat
Aidilfitri :
Usalli sunna ta li aidil fitri rak 'a tai ni lilla hita 'ala
niat di hati "Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat kerana Allah Ta'ala."
Aidiladha :
Usalli sunna ta li aidil adha rak 'a tai ni lilla hita 'ala
niat di hati "Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat kerana Allah Ta'ala."
teruskan niat tadi dengan cara2 berikut :
- Takbiratul Ihram - Allahuakhbar (wajib)
- Doa iftitah (sunat)
- Takbir pertama hingga ketujuh (sunat)
- Ketika takbir sunat diangkat tangan seperti Takbiratul Ihram (sunat)
- Selepas takbir, baca "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah hu wallah hu akbar" (sunat)
- Selepas takbir ketujuh, baca Al-Fatihah (wajib)
- Selepas Al-Fatihah, baca surah Al-'Ala (Sabbihis) atau surah Al-Kafirun (Kul ya) (sunat)
- Ruku' (wajib)
- Iktidal (wajib)
- Sujud (wajib)
- Duduk antara dua sujud (wajib)
- Sujud kedua (wajib)
- Qiam untuk rakaat kedua
- Takbir lima kali (sunat)
- Ulang tasbih ""Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah hu wallah hu akbar" (sunat)
- Selepas takbir kelima, baca Al-Fatihah (wajib)
- Selepas Al-Fatihah. baca surah Al-Ikhlas (kul hu wallah) (sunat)
- Seterusnya ulang cara 8 hingga 12
- Kemudian duduk tahiyat
- Tasyahhud
- Selawat
- Salam
begitulah serba ringkas cara2 solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha...bezanya cuma niat...
sekian..
wassalam...
wallahualam bissawab...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan