adsense

Iklan Berbayar

jejaka kacak @ gadis cantek

Ahad, Jun 23, 2013

Isu Semasa : Jerebu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

entri kali ni sperti tajuk di atas...

so,apa yang kita dapat daripada jerebu ni?

  • manusia tidak fikir panjang dalam membakar sesuatu
  • manusia tidak sedar akan kekuasaan Allah
  • manusia lalai dengan perintah dan suruhan Allah dan Rasulullah
  • manusia malas memikirkan perkara di sebalik kejadian ini
apa yang korang dapat bila ak timbulkan apa kesalahan kita sebagai manusia?ak rasa ad sbahagian dari korang yang membaca entri kali ni da dapat jawapannya. kepada yang tak dapat jawapan jangan risau, jawapannya akan menyusul.

tapi skung cuba tengok perkataan pertama yang ak taip;MANUSIA. yup3. perkara ini berlaku oleh sebab manusia sendiri. kita yang memilih untuk jadi camni dan Allah tentukannya untuk terjadi atau tak. Allah biarkan perkara ini berlaku sbb pa?cuba kita muhasabah diri kita, di mana kedudukan kita sekarang?kalo kita mati akibat jerebu, cukup tak amalan baik utk bantu kita masuk ke syurga Allah yang hakiki?pelbagai persoalan bole timbul bila kita mula menyedari akan hikmah sesuatu perkara. 

oleh yang demikian, marilah saudara2 ku sekalian, mari kita berubah ke arah kebaikan (hijrah). jangan tunggu lagi, masa tidak menunggu kita, kematian adalah perkara paling hampir dengan kita, jadi, gunakan masa terluang kita untuk melakukan lebih banyak ibadat dan kebaikan. insyaallah, akan Allah bantu kita menghilangkan perkara yang tidak kita minta ini.

jangan risau, kalo betul kita orang ISLAM, kita ad IMAN, kita spatutnya yakin bahawa JEREBU hanyalah sebahagian UJIAN kecil untuk kita, UJIAN yang LEBIH BESAR ialah kita sedar atau tidak bahawa DIRI kita sendiri berada di ambang BAHAYA. bahaya yang bagaimana? jerebu mampu membuatkan kita mati, tapi jika kita mati ketika berhibur, gembirakah kita begitu?bagaimana pula jika kita mati tanpa orang tersayang di sisi?sbb tu bila jerebu berlaku, kita di sarankan untuk duduk di rumah, dari sini kita bole lihat HIKMAH di sebalik jerebu. SUAMI boleh menghabiskan masa dengan ISTERI dan ANAK2 seterusnya menghilangkan TEKANAN KERJA dan TIDAK PERLU KELAM KABUT utk ke pejabat atau ke tempat kerja. ISTERI dapat merehatkan diri dari melakukan tugas2 harian di luar rumah dan ini dapat memberikan ISTERI masa yang banyak utk melayan SUAMI dan ANAK2. ANAK2 pula dapat bersama IBU BAPA di rumah dan melakukan aktiviti riadah di dalam rumah atau mungkin BELAJAR bersama2 IBU BAPA mereka.

kesimpulannya di sini, segala perkara yang berlaku di dunia ini pasti ada hikmah di sebaliknya dan untuk kita ketahui hikmah sesuatu perkara tersebut mudah saja, MUHASABAH diri kita dahulu, kemudian kita luaskan skop dan sudut pandang kita kepada yang lebih besar (keluarga,masyarakat,negeri dan negara).

di harap dengan mencetuskan entri ini dapat membuka minda korang smua untuk teruskan kehidupan dengan gembira, bahagia, aman, sejahtera. Insyaallah. Wallahualam

sekian,
wassalam

2 ulasan:

Shakira Pathi berkata...

Jaga kesihatan elok2 :)

awie berkata...

baik...terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...