Assalamualaikum dan salam sejahtera..
entri tengah pagi buta ni akan ak citekan serba sedikit pasal teman selamanya yang bakal kita jadikan sebagai suami/isteri...bila kita memilih calon,sudah pasti kita memilih calon yang soleh/solehah...tp kita kena ingat "lelaki yang baik utk wanita yang baik dan begitu juga sebaliknya".jadi untuk menyebut soleh/solehah mmg la mudah, tp untuk mendidik diri menjadi seorang soleh/solehah satu perkara yang memerlukan keikhlasan dan menjaga akhlak sbgaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud "orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah paling muda akhlaknya" (hr tirmidzi dan an-nasai)
jadi,untuk mendapat teman yg soleh/solehah, kita perlulah memperbetulkan diri sendiri dengan menguatkan lagi keimanan diri kita. ini sekaligus memperbaiki akhlak kita sbgai seorang mukmin berbalik kepada hadis Rasulullah s.a.w dalam perenggan pertama.
di bawah ini di senaraikan panduan utk mendidik diri menjadi soleh/solehah agar berjaya mendapat pasangan yang soleh/solehah.
Taat Perintah Allah
ini adalah perkara paling penting utk menjadikan kita seorang muslim yang beriman dan beramal soleh. jika kita terus mengikut dan mentaati perintah Allah, insyaallah kita bakal 'jutawan pahala' di akhirat kelak. kepada kalian yang mendapat pasangan yang sebegini sngat2lah beruntung kerana ketaatan dan kepatuhannya pada Allah s.w.t.
Menjaga Hati Ibu Bapa
tanpa ibubapa siapalah kita sekarang. dan kita tidak sepatutnya bersikap biadap atau menderhaka kepada ibu bapa kerana mereka telah banyak berjasa pada diri kita. Sesungguhnya keredhaan Allah s.w.t. bergantung kepada keredhaan ibu bapa kita sebagaimana firman Allah dalam surah al-Isra; ayat 23 yg bermaksud "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharamu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun berkata "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."
Merendah Diri dan Hati
sebagai manusia yang mempunyai akal spatutnya kita sedar bahawa segala yang kita miliki sekarang hanyalah pinjaman semata-mata dan tidak boleh bawa ke 'sana' kelak. jadi sentiasalah bersyukur dengan apa yang di kurniakan dan sentiasalah meringankan tangan membantu yang susah.
Berbuat Baik Sesama Manusia dan Makhluk Lain
ini adalah antara perkara yang di tuntut dalam Islam. berbuat baik sesama manusia dengan membantu dan menolong manusia yang dalam kesusahan. selain manusia, kita juga di tuntut untuk menjaga keharmonian alam sekitar@makhluk lain.
Memilih Kawan Yang Baik
kita di dunia ni tak mungkin boleh hidup sendirian, kita memerlukan keluarga dan juga kawan. ini kerana selain keluarga kawanlah yang menjadi teman kita sewaktu suka dan duka. jadi, utk dapatkan pasangan yang baik, ikhlas dan mulia akhlaknya hendaklah kita berkawan dengan orang yang baik. Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Seseorang itu dinilai (akhlaknya) dengan agama kawannya, maka perhatikanlah dengan siapa dia berkawan." (hr abu daud dan tirmidzi). jadi pilih la kawan yang baik, berilmu dan bole di jadikan teladan dan bukannya sbgai lawan.
oleh yang demikian, jagalah IMAN kita, smoga kita bertemu teman yang soleh/solehah. Insyaallah.
wallahualam,
sekian,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan