
cinta lagi?hahaha...yup...untuk post hari ni,ak nak bagi tip cinta untuk korang...tip hari ni nak bagitau korang pasal tanda-tanda kita
jatuh cinta...lets check it up...
Tanda-tanda anda sudah jatuh CINTA :
Jika sebelum ini anda selalu marah-marah dan marah terlalu lama , tetapi apabila anda marah terhadap orang yang anda jatuh cinta , anda akan sentiasa mengawal marah dan tidak akan marah terlalu lama
Anda akan sentiasa merinduinya walaupun baru sahaja berjumpa tidak sampai beberapa jam
Jika sebelum ini anda sentiasa ingin sampai cepat ke sesuatu destinasi bila berjalan dengannya , tetapi sekarang tidak lagi , anda akan berjalan lebih perlahan daripada biasa kerana anda mahu lebih lama berdampingan dengannya
Jika sebelum ini anda "open minded" bila bersama dengannya , sekarang tidak lagi kerana bila anda bersama dengannya anda akan berasa tersipu-sipu malu dan segala perkara yang dahulunya anda suka buat bersamanya , sekarang susah rasa nak lakukannya lagi
Dahulu anda tidak pernah fikir tentangnya , tapi bila sekarang , asyik terfikir tentangnya saja bukan itu saja , bila anda berfikir tentangnya jantung anda akan berdegup laju
Apabila anda mendengar suaranya , tidak kira waktu bila pun , anda akan tersenyum tanpa sebarang sebab
Apabila anda melihatnya , anda tidak akan pedulikan akan orang sekeliling anda . Apa yang penting bagi anda , anda dapat melihatnya seorang saja
Sekarang anda akan selalu terhidu baunya walaupun si dia tidak ada di samping anda
Anda juga akan mula tersenyum sendirian apabila berfikir tentang dirinya
Jika dulu anda biarkan dia melakukan segalanya sendiri , tapi sekarang tidak lagi . Anda akan selalu membantunya dalam setiap perkara dan anda juga sanggup melakukan segala perkara untuknya
Jika sebelum ini anda tidak ambil kisah akan apa yang dilafazkan olehnya , tapi tidak lagi sekarang , segala apa yang dilafazkan olehnya begitu penting bagi anda dan ianya begitu bermakna
Anda akan lebih bersemangat apabila si dia yang memberikan kata-kata semangat
Apabila anda ada masalah dan si dia ada di sisi atau menelefon anda , segala masalah seperti telah selesai
Apabila anda melihat pasangan lain sedang berduaan anda akan membayangkan bahawa anda berada dalam situasi itu bersama si dia
Sewaktu anda membaca post ini , saya pasti anda sedang memikirkan seseorang dalam fikiran andajadi , jika anda ada perasaan seperti di atas , janganlah nak nafikan lagi yang anda telah jatuh cinta pada si dia :P walaupun saya tidak tahu , tapi anda dan Allah mengetahuinya :D
so , jangan la anda jadi nerd sangat cam mamat sorang kat atas ni...anda lafazkan kata hati anda tu pada si dia...kalo lamabt risau kena cekup orang lain je...hik3...macam lirik lagu kalau berpacaranp/s : selepas anda dah baca semua perkara di atas , apa pandapat anda ??
9 ulasan:
uit....ko da jato cintan ke awie...oiii
errrrr...
hahhaha...
jatuh cinta da lama da...
kah3...
:)
saja la tulis post2 camni...
bagi menarik skit...
:D
umang aiii..ade la sipi2
sipi2 ye misz sheyla...hik3...
bdak2 blasan taun x elok jatoh cintan...huhu...lalalala
owh...
yeke...
jatuhnya pada Allah dan rasulnya xkan x boleh kut?
ahaks...
kui3...
bila nk jtuh cnta nie ..hahaha. tak rasa lg nie ..
aik,xkan x rasa lagi kut....
ish3...
Hahahaha. :))
Catat Ulasan