adsense

Iklan Berbayar

jejaka kacak @ gadis cantek

Isnin, Julai 15, 2013

Tip Kerjaya : Memacu Kejayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entri kali ni ak nak kasi tip kerjaya...ianya sesuai untuk para belia yang sedang mencari kerja (macam ak), yang sudah kerja atau pun yang baru nak mula kerja...insyaAllah, jika tip ni diguna pakai tak mustahil utk kita berjaya dalam kerjaya yg kita ceburi...

ayuh kita teruskan ke tip - tip berjaya dalam kerjaya :D


  1. cuba lagi dan lagi - jgn sesekali putus asa walaupun kita gagal. gagal bukan bermakna kita teruk, tp ianya tanda kita berusaha ke arah yang lebih baik. insyaAllah.
  2. beri komitmen penuh - setiap kali terima tanggungjawab, buatnya dengan penuh komitmen dan jangan sesekali menangguh kerja dan lambat menghantar kerja.
  3. sentiasa berfikiran positif - untuk menjadi insan cemerlang dan berjaya, kita wajib berfikiran positif...insyaAllah, apabila kita berfikiran positif, dalam dan luar diri kita akan positif juga :D
  4. luaskan pergaulan - pergaulan yang luas sangat penting utk kita mohon pendapat, pandangan atau komen dari orang yang kita kenali.
  5. utamakan diri sendiri - pastikan jangan pula sebab kita baik dengan smua orang, diri kita dipijak utk kepentingan mereka...selain itu jaga kesihatan, hubungan dengan orang sekelilng dan kerjaya kita
  6. kembalikan keterujaan - keseronokan adalah perkara yang penting utk kita menjadi pekerja yg berjaya...kerana bila kita seronok, kita akan lebih teruja utk melakukan kerja dan tanggungjawab kita :D
itulah sebahagian daripada tip yang bole digunakan dalam kerja kita...tak kira kita kerja sebagai apa, gunakanlah tip ini..insyaAllah kita bole jadi perkerja yang berjaya :D

sekian...
wassalam...
wallahualam...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...