adsense

Iklan Berbayar

jejaka kacak @ gadis cantek

Isnin, Julai 15, 2013

Amal Ibadat Paling Afdal

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entri kali ni ak nak kongsi ilmu berkaitan Islam...
ilmu ni ak dapat daripada pembacaan buku...
so,kalo nak tau buku pe,baca sampai habis dulu...

amalan yang akan di kongsi ini adalah amalan yang mudah utk dilakukan tapi besar pahalanya...insyaAllah..

Rasulullah SAW bersabda,maksudnya :
"Amalan yang paling afdal ialah iman kepada Allah yang Maha Esa, kemudian jihad, kemudian haji yang mabrur dan ini lebih besar pahalanya daripada amalan-amalan yang lain sebagaimana (jauhnya perbezaan) antara terbit matahari dengan tempat terbenamnya."

Sabda Rasulullah SAW,maksudnya :
"Amalan yang paling afdal ialah solat pada waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjihad di jalan Allah"
(HR Bukhari dan Muslim)

Hadis tambahan, maksudnya :
"Amalan yang paling afdal ialah menggembirakan saudaramu yang mukmin atau engkau bayar hutangnya atau engkau berikan dia makanan roti."

untuk lebih jelas, amalan yang paling afdal ialah :

  1. Beriman kepada Allah SWT
  2. Berjihad
  3. Mengerjakan Haji (jika mabrur)
  4. Solat pada waktunya
  5. Berbakti kepada ibubapa
  6. Menggembirakan orang mukmin, termasuk membayar hutangnya dan memberi makan
jadi inilah 6 amalan yang paling afdal utk dilakukan dan ganjarannya amat besar...

sekian..
wallahualam...
wassalam...

p/s : tajuk buku ialah Fadilat - fadilat Amal karya Syahrin bin Jasah

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...