adsense

Iklan Berbayar

jejaka kacak @ gadis cantek

Khamis, Julai 04, 2013

S dan J : Pemalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

untuk entri kali ni ak akan copy paste dari sebuah buku yang bertajuk :

Pelajar Bertanya : Prof. Dr. Muhaya Menjawab. Berkenaan Dashsyatnya Cabaran Pelajar.

untuk kali ni aku akan cuba keluarkan soalan ke 44 dalam bab Dilema Dalam Diri

Soalan :

"Saya ini pemalu orangnya. Oleh sebab itu, saya selalu sahaja keseorangan. Pada masa yang sama, saya ingin juga berkawan dengan orang lain. Bolehkah profesor membantu saya mendapatkan rakan - rakan?"

Jawapan :

"Ini adalah cabaran dengan keyakinan diri. Kita mendapat kawan ataupun kita berjumpa orang melalui getaran. Getaran adalah tenaga yang kita ada, namun tenaga yang kita ada itu bergantung pada emosi kita.

  Sekiranya emosi kita positif, fikiran kita juga positif. Emosi positif menghasilkan tindakan positif. Lalu, tindak balas pun menjadi positif. Apabila kita positif, kita akan berjumpa dengan orang yang positif. Sekiranya kita negatif, kita akan berjumpa dengan orang yang negatif.

  Oleh itu, sekiranya kita mahu mencari kawan yang baik, kita perlu menjadi orang yang baik dahulu. Sekiranya kita mahu disayangi, kita perlu menyayangi orang lain. Sekiranya kita mahu orang yang peramah, kita perlu menjadi peramah. Dengan kata lain, kita perlu buat dahulu, kemudian baru kita mendapatnya."

Kesimpulannya :

Jika kita nak dapat sesuatu, kita kena lakukan sesuatu dahulu. Jika kita mahukan perkara baik, kita lakukan kebaikan. Begitu juga sebaliknya, tapi mana mungkin kita inginkan keburukan. Jadi elakkan dari melakukan keburukan atau perkara negatif yang akan merosakkan diri kita sendiri.

Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat membina keyakinan diri kita.
Insya Allah.

sekian,
wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...