Entri kali ni di tulis kerana telah lama aku ingin kongsikan, tetapi tidak berkesempatan. Alhamdulillah hari ni Allah berikan aku peluang untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang aku miliki.
Istikarah dari pandangan aku adalah melakukan solat sunat Istikarah di mana memohon petunjuk dari Allah dalam membuat pilihan untuk perkara yang harus. Itu hanya secara ringkasnya, untuk penerangan lebih jelas boleh merujuk kepada pakar agama atau para ustaz dan ustazah.
Sebelum berIstikarah sebaiknya kita meminta pandangan dan nasihat daripada para ulama atau orang soleh berkenaan perkara yang ingin di minta. Ini di panggil sebagai 'musyawarah'. Seelok - elok orang yang ingin kita ber'musyawarah' ialah :
- soleh dan bertakwa
- berilmu
- berpengalaman dalam sesuatu hal dengan jalan yang benar
- amanah
Di bawah merupakan langkah - langkah melakukan Istikarah.
Sebelum Istikarah :
- Istikarah hanya pada perkara dunia yang harus sahaja
- bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah atas dosa dan kesalahan yang dilakukan (sebaiknya melakukan solat sunat taubat)
- neutral iaitu tidak mempunyai apa - apa kecenderungan terhadap pilihan yang ada
- disunatkan bermusyawarah dengan orang yang boleh dipercayai atau pakar dalam sesuatu bidang sebelum Istikarah
- memastikan diri tidak terlibat dengan sumber harta yang haram
- memilih waktu berdoak yang mustajab
- berwudhuk dengan sempurna
Semasa Istikarah :
- menunaikan solat sunat 2 rakaat
- bacaan surah :
- Al - Fatihah dan Al - Kafirun
- Al - Fatihah dan Al - Ikhlas
- selepas salam, baca doa Istikarah berikut (bahasa melayu) :
Maksudnya : "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada Mu dengan ilmu Mu, dan aku memohon ketentuan daripada Mu dengan kekuasaan Mu, dan aku memohon daripada Mu dengan limpah kurniaan Mu yang besar. Sesungguhnya, Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkaulah Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutlah urusan yang dimaksudkan) baik bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirkan ia bagiku dan permudahkan serta berkatilah bagiku padanya. Seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutlah urusan yang dimaksudkan) mendatangkan keburukan bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkan aku daripadanya dan takdirkan kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya."
(Riwayat Ibn Majah, Abu Daud dan lain - lain)
Selepasa Istikarah :
- meneruskan solat dan doa Istikarah sebanyak 3 kali berturut - turut.
- memerhatikan alamat yang mungkin ada seperti mimpi atau kecenderungan hati
- jika telah memperoleh jawapan, bersyukurlah kepada Allah
- jika keputusan yang diambil kurang baik, maka mungkin disebabkan kurang peka dengan jawapan yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t., tersilap membuat pilihan, telah mempunyai kecenderungan hati sebelum Istikarah atau pelbagai kemunkinan lain. Oleh sebab itu, janganlah menyalahkan Allah, sebaliknya terimalah ia sebagai satu ujian yang menguji kemantapan iman terhadap qadak dan qadar.
Hasilnya :
- sebelum Istikarah : berserah diri kepada Allah s.w.t.
- semasa Istikarah : tenang
- selepas Istikarah : reda dengan ketentuan Allah s.w.t.
Itulah langkah - langkah ringkas Istikarah. Di bawah akan aku senaraikan beberapa perkara tambahan Istikarah.
Kesalahan dalam Istikarah :
- tiada ilmu tentang Istikarah
- langsung tidak melaksanakan Istikarah
- hanya menunggu mimpi atau alamat yang aneh tanpa mempertimbangkan alamat lain yang lebih penting seperti kelapangan fikiran, ketengan emosi, dan kemantapan hati
- hati sudah ada kecenderungan dalam pilihan sebelum Istikarah
- menyalahkan takdir atau menyesal dengan perkara buruk yang berlaku setelah Istikarah
Istikarah yang betul :
- mengakui kesalaha dan bertaubat
- bersih dalam pilihan
- mimpi, gerak hari dan pandangan
- mengulangi Istikarah
Maka lengkaplah nota ringkas Istikarah. Jika nota ini berguna, kongsikanlah bersama orang tersayang.
sekian,
wassalam
shafawi dzulkefli
4 ulasan:
baru tahu mcm mana nak buat solat istikharah ni. hmmm tq ^^
semoga diberi petunjuk :)
tq for the info
amal follow sini
@nurain : alhamdulillah...bole la buat da lepas ni
@ain : insyaallah..amin
@amal : welkem...thanks follow
Catat Ulasan