adsense

Iklan Berbayar

jejaka kacak @ gadis cantek

Khamis, Februari 10, 2011

Nilai-nilai Universal Dalam Tamadun


Pendahuluan
                Islam diturunkan sebagai rahmat kepada seluruh alam membawa bersamanya nilai-nilai universal yang merentasi sempadan, masa dan budaya.Sesuai untuk dilaksanakan bila-bila masa, dimana-mana penjuru dunia dan di dalam mana-mana budaya masyarakat. Nilai yang diamalkan oleh sesuatu kaum atau tamadun menggambarkan identiti sesuatu kaum dan tamadun tersebut.
Definisi Nilai
                Darjah, kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian (pemikiran , agama dan masyarakat) – kamus dewan edisi ketiga, DBP,KL.
Antara nilai-nilai universal dalam tamadun ialah
Nilai Kekeluargaaan :
                Tamadun Islam :
·         Berasaskan Al-Quran
·         Keadilan dalam keluarga
·         Kasih sayang dan tanggungjawab
Tamadun China :
·         Keluarga adalah asas dalam tamadun China
·         Berasaskan ajaran Confucius dan pentingkan kasih sayang
·         Konsep ‘li’ menekankan 5 jalinan hubungan sesame manusia
1.       Maharaja dengan rakyat
2.       Bapa dengan anak
3.       Abang dengan adik
4.       Suami dengan isteri
5.       Kawan dengan kawan
Nilai Alam Sekitar :
                Tamadun Islam :
·         Sebagai khalifah dimuka bumi , kita berperanan memelihara alam sekitar
·         Menggunakan secara manah dan bertanggungjawab
Tamadun Jepun :
·         Tuhan ‘kami’ meliputi binatang dan tumbuhan;berkuasa dan hebat
·         Mensucikan alam
Tamadun China :
·         Manusia di ajar menjaga alam sekitar melalui konsep ‘Esho Fuai’
·         ‘Esho Fuai’ bermaksud manusia dan alam sekitar saling berkaitan dan memerlukan
Nilai Kepercayaan :
                Tamadun Islam :
·         Menitik beratkan persoalan ketuhanan dan kerohanian
·         Agama member tenaga,fikiran dan penggerak sesuatu tamadun

Tamadun Jepun :
·         Dipengaruhi oleh Shintoisme iaitu menanam rasa kebangsaan Jepun dan patriotism
·         Disokong semangat ‘Bushido’ iaitu rela bunuh diri jika gagal laksanakan tugas
Tamadun China :
·         Dipengaruhi pemikiran Konfusianisme
Nilai Kepimpinan (kerajaan) :
                Tamadun Islam :
·         Pemimpin haruslah adil,berpengetahuan tinggi dan mampu memimpin
·         Pemimpin yang amanah serta tidak zalim
·         Memikul tanggungjawab dengan sebaik-baiknya
·         Pemimpin bertanggungjawab menggalakkan masyarakat menguasai ilmu
·         Masyarakat di beri peluang melontarkan idea,pemikiran dan pendapat
Tamadun China :
·         Raja memainkan peranan penting;bijak,pintar serta cekap laksanakan tanggungjawab
·         Raja sempurna,rakyat tunduk patuh kepada raja-Meng Tzu
Tamadun India :
·         Asoka pemerintah Dinasti Maurya menggunakan pendekatan Buddha sewaktu memerintah
·         Asoka sebarkan ajaran Dharma;bertimbang rasa,membantu orang miskin dan tidak membunuh binatang
·         Asoka berpendapat,raja wajib menjaga kebajikan rakyat dan semua manusia adalah anak raja
Nilai Pendidikan :
Matlamat utama pendidikan dalam kebanyakan tamadun ialah membina sifat-sifat seseorang. Dimensi Inner-Being begitu penting dalam konsep pendidikan Islam,Kristian,Hindunisme dan agama lain.
                Tamadun Islam :
·         Persoalan tauhid penting dalam transformasi manusia
Tamadun India :
·         Ajaran Buddha dan Hindu percaya, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri
Nilai Kegiatan Ekonomi :
Dalam tamadun-tamadun silam, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks “Moral Semesta”.
                Tamadun Islam :
·         Islam mengajar umatnya menjalankan ekonomi secara halal
·         Perkara dilarang dalam ekonomi ialah riba,judi,lacur,bazir,menipu dan lain-lain
Tamadun India :
·         Agama Buddha mengikut konsep hak-hak kehidupan yang termaktub dalam salah satu daripada ‘Jalan Lapan Lapis Mulia’
Kesimpulan
Islam mempunyai nilai yang sama dengan tamadun lain, tetapi Islam juga mempunyai nilai-nilainya tersendiri. Nilai-nilai dalam tamadun Islam juga merangkumi semua aspek dan boleh digunapakai oleh semua budaya atau bangsa. Nilai ini juga bukan berdasarkan akal fikiran manusia tetapi dilakukan oleh Allah S.W.T. Dengan penerapan nilai-nilai yang telah dinyatakan, ia dapat melahirkan individu, masyarakat serta negara yang berakhlak seterusnya mewujudkan tamadun yang sempurna dan diredhai oleh Allah S.W.T.(INSYAALLAH)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...