adsense

Iklan Berbayar

jejaka kacak @ gadis cantek

Jumaat, Disember 17, 2010

Kematian !!

kematian??mesti korang pelik an nape ak tulis tajuk ni dan mesti ad gak terkejut bila lihat tajuk ni...humph...actually perkataan ni pun membuatkan ak rasa takut...ye la,sbb kita x tahu bila kita akan mati...tu sbb kita akan rasa takut...huh...so,selamat membaca :D

semua orang akan meninggalkan muka bumi yang fana ini untuk bertemu penciptanya semula,Allah S.W.T...jadi untuk post kali ni...ak nak ceritakan beberapa tanda yang akan kita (sebagai orang yang akan menemui mati) alami seblum menemui kematian dan tanda orang yang hendak mati...


TANDA PERTAMA

tanda ini hanya diterima oleh orang yang di kehendaki oleh Allah S.W.T
semua orang Islam akan menerima tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Lazimnya tanda ini akan berlaku selepas waktu Asar.Pada waktu itu seluruh tubuh akan mengalami getaran seakan-akan menggigil. Sebagai contoh sebagaimana daging binatang yang baru saja di sembelih,dimana jika diperhatikan dengan teliti kita dapat melihat yang daging itu bergetar.Tanda ini rasanya begitu nikmat dan bagi mereka yang menyedari tanda ini merupakan tanda akan menghadapi kematian,tanda ini akan hilang.Tetapi kepada sesiapa yang tidak di berikan kesedaran akan tanda ini atau menikmati tanda ini,maka ia lenyap tanpa membawa sebarang munafaat.Maka bagi sesiapa yang sedar akan tanda ini,dia akan bersiap sedia dengan segala amalan dan urusan yang akan di bawa dan di tinggalkan setelah mati.


TANDA KEDUA (40 hari sebelum kematian)

Tanda ini juga berlaku selepas Asar. Bahagian pusat kita akan rasa berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah S.W.T. Maka, Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persiapan ke atas kita, antaranya ialah mengikut kita sepenjang masa bermula saat daun itu jatuh.


TANDA KETIGA (7 hari sebelum kematian)

Adapun tanda ini akan diberikan kepada mereka yang di uji iaitu dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan tiba-tiba ianya berselera untuk makan.(tanda ini juga boleh di lihat oleh orang sekeliling)(tanda ini pernah di lihat oleh mak ak,di mana tok(sebelah ayah) yang sakit,tiba-tiba berselara untuk makan dan semua makanan yang di makan dengan begitu berselera)


TANDA KEEMPAT (3 hari sebelum kematian)

Pada ketika ini terasa denyutan di tengah-tengah dahi antara dahi kanan dan dahi kiri. Jika kita dapat mengesan tanda ini, maka digalakkan untuk kita berpuasa untuk memudahkan urusan orang yang ingin memandikan kita nanti.
(tanda yang boleh di lihat oleh orang sekeliling kita)
Ketika ini juga mata hitam kita tidak bersinar lagi.Selain itu, jika kita merasakan kesakitan pada hidung, ia akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat di kesan apabila di lihat daripada sisi. Telinga kita juga pada waktu ini akan layu dimana di bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kaki kita yang biasanya terlunjur juga akan mulai layu,iaitu jatuh kehadapan dan sukar di tegakkan (perkara ini pernah di lihat sendiri oleh mak ak sewaktu memakaikan seluar pada arwah opah(sebelah ayah) ak.tapi mak tidak perasan semua itu pada waktu dia memakaikan seluar opah,mak hanya menyedarinya setelah opah pergi.itulah kuasa Allah S.W.T)


TANDA KELIMA (1 hari sebelum kematian)

Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak sempat lagi untuk menemui asar pada esok hari.


TANDA TERAKHIR (sewaktu hari kematian)

Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan seterusnya naik kebahagian atas di halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan kita pula.
(tanda yang boleh dilihat orang sekeliling)
Badan akan kelihatan pucat dan ianya bermula dari hujung kaki dan akan naik sehingga ke bahagian kepala apabila nyawa sudah ditarik.(tanda ini ak di lihat sendiri oleh ak apabila ak melawat arwah atuk(sebelah mak) buat kali terakhir kalinya)


demikian saje tanda2 kematian yang dapat ak coretkan pada pos kali ini...jika anda ad sebarang silap dan salah atau ad perkara yang ingin di tambah dalam pos ini,sila tinggalkan komen anda...smoga tanda2 di atas dapat menyedarkan kita semua dan ingatlah bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara...

wallahhua'lam...

"Ya Allah,Engkau tempatkanlah roh-roh mereka (arwah atuk,tok dan opahku) di tempat yang mulia disisiMu.amin"

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...