adsense

jejaka kacak @ gadis cantek

Sabtu, Ogos 31, 2013

Solat dan Puasa yang disukai Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
"Puasa yang paling disukai Allah adalah puasa Nabi Daud. Beliau berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Dan solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud. Beliau tidur separuh malam, solat sepertiga malam dan tidur lagi seperenam malam"
(HR Bukhari dan Muslim)

sekian...
wassalam...
wallahualam bissawab

Tetibe rindu kawan2

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

ak harap korang semua sihat sejahtera...

entri kali ni tak de la apa sangat...just nak mengupdate blog...ye la...kalo tak update nanti jatuh lak ranking blog...kalo jatuh rugi lah...susah orang nak cari blog ak nanti...

so,da berhari2 ak rasa perasaan ni...perasaan rindu pada kawan2...ak tak pasti ak rindu siapa, tp tak kesahlah, asalkan korang kawan ak, ak rindukan korang...

terngiang2 suara korang di telinga ak...termimpi2 ak di malam hari mimpikan korang...ntah la...rindu ak pada korang makin hari makin rindu...ak harap korang semua selamat dan sihat....

ya Allah...
Kau panjangkanlah umur kawan2 ku...
Kau berkati dan rahmatilah hidup mereka...
Kau berikanlah mereka kebahagian dan ketenangan...
kuatkan mereka di kala mereka sedih dan gelisah...
tabahkan mereka di kala mereka lemah...
ya Allah...
rinduku kepada mereka sangat kuat...
semoga mereka selamat dan sihat...
semoga mereka gembira dan sentosa
amin ya rabal alamin....

sekian...
wassalam...
wallahualam bissawab

Jumaat, Ogos 30, 2013

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

"Sesiapa yang membaca Qul Huwallahu Ahad 10 kali, maka Allah membangun sebuah rumah baginya di syurga."

dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

"Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali seolah-olah dia telah membaca Al-Quran secara keseluruhannya."


ayuh sama2 kita baca surah Al-Ikhlas...smoga berat timbangan kita di sana kelak...insyaallah...

sekian..
wassalam...
wallahualam bissawab

Khamis, Ogos 29, 2013

Kelebihan Surah Al-Kahfi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bercahayalah baginya nur di antara dua Jumaat."

sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud

"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, bercahaya baginya nur di antaranya dengan Baitul Atiq."

cahaya yang dimaksudkan berkemungkinan cahaya hidayah...atau mungkin berupa sakinah(ketenangan)

Baitul Atiq = Baitullah

sekian..
wassalam..
wallahualam bissawab

Rabu, Ogos 28, 2013

Mudahnya Menghapus Dosa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

"Apabila berwuduk seseorang hamba beriman, kemudian dia berkumur-kumur, maka keluarlah dosa2 dari mulutnya. Jika dia membasuh hidung, keluarlah dosa2 dari hidungnya. Jika dia membasuh mukanya, maka keluarlah dosa2 dari mukannya, termasuk dari bawah alis mata.

Ketika dia membasuh tangannya keluarlah dosa dari tangannya, termasuk dari bawah kukunya. Ketika dia menyapu kepalanya keluarlah dosa2 dari kepalanya, termasuk dari telinganya. Ketika dia membasuh kakinya keluarlah dosa dari kakinya, termasuk dari bawah kuku jari kakinya. Sehingga berjalannya ke masjid, begitu juga solatnya tinggal menjadi amalan sunat (menambah pahala) baginya."

begitu pemurah Allah yang Maha Esa sehingga setiap bahagian yang kita sucikan dengan wuduk gugurlah dosa2 dari bahagian tersebut...masyaallah...

semoga kita tergolong dalam orang beriman dan beramal soleh...
insyaallah...

sekian..
wassalam...
wallahualam bissawab

Selasa, Ogos 27, 2013

Zikir Yang Berlipat Ganda

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

zikir yang berlipat ganda itu ialah

Subhanallah hi wabihamdihi 'adada kalkihi waridho nafsihi wazinata 'arsyihi wamidada kalimatihi

maksudnya :
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Nya sebanyak bilangan makhluk Nya, seluas keredaan Nya, seberat Arasy Nya dan sebanyak kalimat Nya."

sekian..
wassalam..
wallahualam bissawab

Keutamaan Zikir Nabi Yunus

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

zikir Nabi Yunus ialah seperti yang disebutkan dalam surah Al-Anbiya' ayat 87 yg bermaksud

"Tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

"Setiap orang muslim yang membaca doa ini empat puluh kali dalam penyakitnya, kemudian dia mati dalam penyakitnya itu, maka dia mendapat pahala mati syahid, kalau dia sembuh, bererti semua dosanya sudah diampuni."

sekian..
wassalam...
wallahualam

Bidang terbaik untuk kita di IPT

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entri kali ni ak nak kasi tip macam mana nak pilih bidang terbaik utk kita ceburi di ipt :D
insyaallah jika betul caranya, kita pasti berjaya...

kita di lahirkan demi 3 tugas utama iaitu :

  • hamba Allah
  • khalifah Allah
  • mengimarahkan dunia berlandaskan hukum Allah
minat setiap manusia berbeza2...ada yg minat bisnes dan ad yg minat bersukan dan lain...ini bagi kita menyempurnakan antara satu sama lain...jika terkurang satu minat, pasti tidak terhasilnya dunia yg serba sempurna ini...

dalam memilih bidang, pasti banyak pilihan dan jawapan yg di berikan diri kita dan orang sekeliling kita...sbgai contoh ibu bapa kita mennyuruh kita menjadi doktor, tp kita minat komputer, maka apa harus kita lakukan?

pilihlah bidang mengikut minat kita...ini kerana kita akan 'duduk' dalam bidang tersebut sepanjang hayat kita....jika kita mengikut pilihan ibu bapa tanpa ada rasa minat pada bidang yg mereka pilihkan utk kita, risau di masa akan datang kita akan berasa bosan dan tidak bahagia dengan bidang yg telah kita ceburi...ini kerana kerjaya yg kita ceburi tidak sesuai dengan minat kita...

cara utk mendapatkan pilihan kita adalah dengan berbincang dengan ibu bapa kita...beritahu secara jujur dan baik dengan ibu bapa kita..jelaskan kenapa kita perlu memilih bidang yang kita minati...antara sebab yg ada ialah kita tidak mahu kita kecewa dengan apa yg berlaku di masa hadapan dan tidak mahu kerjaya kita tidak bertahan lama dan membuatkan kita bosan dan tidak bahagia...kita risau juga yang kita bakal jadi pekerja yg malas dan tidak bertanggungjawab kerana kita tidak meminati bidang tersebut...insyaallah dengan penjelasan yang terperinci pasti ibu bapa kita akan lembut hati untuk mengikut pilihan kita...

jangan lupa, tidak ada orang yang malas, yg ad cuma orang yg tidak berminat dengan kerja @ bidang yg di ceburi...jika kita lakukan perkara yg kita tak minat,pasti kita rasa cepat letih...jika kita tidak minat sesuatu perkara,cuba untuk meminatinya...insyaallah,jika kita berusaha pasti Allah akan bantu kita..

kesimpulannya
- pilih bidang ikut minat kita
- berbincang dan jelaskan kenapa kita perlu ceburi bidang yg kita minat
- lakukan istikarah sebagai usaha membuat pilihan terbaik utk masa hadapan kita
- jangan berputus asa dalam meminati sesuatu
- teruskan usaha, pasti berjaya

sekian...
wassalam
wallahualam...

Ahad, Ogos 25, 2013

Waktu terbaik ulangkaji

Assalamualaikum dan salam sejahtera

untuk entri kali ni ak nak kasi sikit tip waktu dan cara terbaik ulang kaji :D
tip ni di petik dari sebuah buku karya profesor dr muhaya dan diolah semula oleh ak :D

1 -  Preview - preview ialah membaca dan mengkaji subjek yang akan kita pelajari di dalam kelas.
2 -  Minda tidak kosong - pastikan sebelum masuk ke kelas kita tahu apa yg kita akan pelajari
3 - Dalam kuliah - fokus sepenuhnya, elakkan dari bermain telefon atau sebagainya
4 - Tanda - tandakan muka surat yg kita tidak faham semasa kelas dijalankan
5 - Ulang kaji - ulang kaji pelajaran yg telah kita belajar di kelas di waktu malam sebelum tidur
6 - Rumusan - buat rumusan tentang apa yang telah kita ulang kaji
7 - Bincang - bincangkan rumusan yang telah kita buat bersama rakan2
8 - Setiap hari - ulang kaji pelajaran setiap hari...bukan ketika hendak menghadapi peperiksaan sahaja

awas !
kita jadi mudah lupa sekiranya kita tidak membaca dalam tempoh 24 jam

sekian...
wassalam...

Jumaat, Ogos 23, 2013

Hari Jumaat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

hari ni hari jumaat...dan pada hari jumaat adalah di tuntut untuk kita membaca surah Al-Kahf

jadi jom kita baca surah ni bersama2 :D


Selasa, Ogos 20, 2013

Ucapan Raya 2013

video

selamat hari raya semua :D

hadiah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

tengah hari tadi ak baru pos beberapa hadiah yang diterima para blogger bertuah...insyaallah esok ak akan pos lagi...

ni baru first batch...2nd, 3rd, 4th dan lain2 bakal di pos...insyaallah...jika tiada aral melintang semua hadiah akan di pos sebelum raya haji...

act, ak nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab hadiah lewat pos...ak tak brape sihat dan disebabkan sakit ak, banyak kerja tertangguh...tambah2 bila ak slalu berulang alik ke hospital....makan banyak masa...so,ak harap korang faham la situasi ak...thanks a lot...

sekian dari ak...
wassalam...

Khamis, Ogos 15, 2013

Ayuh sertai kami

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..
Menangisi pemergian yang dikasihi adalah perkara BIASA.....
Tetapi, menangis kerana tiada wang untuk menguruskan jenazah yang dikasihi  adalah LUARBIASA & SANGAT MEMILUKAN

Pengurusan Jenazah Tanpa Tunai Dapatkan PERCUMA!!
Pengurusan Jenazah Berlandaskan Prinsip Syariah Mengikut Sunnah Islam Yang Sistematik Dan Bersepadu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dengan RM100 sekali seumur hidup anda akan mendapat pelbagai Faedah hebat**

Antaranya:
-Keanggotaan Dan Saham
-Web Replika
-Pengurusan Jenazah Tanpa Tunai
-Khairat Al-abrar
-Hadiah Wang Tunai
-Kupon Diskaun
-Barangan Keperluan Percuma
-E-payment
-Sim Kad Percuma
-Sijil Kemahiran
-Pelekat Korporat
-Kad Kesihatan


Penyelesaian Untuk Semua Umat Islam
Mencari Kesejahteraan Dunia Dan Akhirat
Muamalat To Muslim

Jadi apa tunggu lagi, dapatkan sekarang!!!

M2M.net.my
Terima Kasih
---
AHMAD SHAFAWI B DZULKEFLI



penyakit ak semakin teruk?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

ya Allah...semakin terukkah penyakit ak?

tadi doktro baru telefon ak...then dia kata result air kencing dan darah ak teruk...3 baik dan 3 tak baik...yang baik ak tak kesah sangat....yang buruk ialah kandungan gula tinggi, kandungan lemak tinggi dan lagi satu ak tak tau...tapi ni da buat ak jadi risau...mungkin ak akan di keluarkan dari research....hadoi...kalo kuar dari research rugilah ak....setelah berpenat lelah selama hampir 3 bulan...ya Allah...terujinya ak kali ni...

ya Allah...sembuhkanlah ak...slamatkanlah ak...amin ya rabal alamin

ingin cantik?kurus?menawan?

jom terjah ke

ADVANCE SLIM PASTI KURUS

jangan lupa terjah ke blog bawah ni gak

MAMA E SHOPPE

selamat membeli :D

aku dan insomnia

assalamualaikum dan salam sejahtera...

malam ni ak insomnia lagi...ni gara2 seronok sangat2 nak jumpa doktor pagi nanti....haish...pe yang seronok ak un tak pasti...tapi tak sabar2 nak jumpa doktor setelah 2 minggu tak jumpa :D

temujanji kali ni ak tak tau bila nak jumpa sebenarnya...pagi or petang...so,pagi kejap lagi ak hanya tunggu kol dari doktor....tengok pe jawapannya...harap2 pagi la :D

so,sambil tunggu pagi ak layan lagu nasyid dulu :D harap2 dapat terus subuh :D insyaallah :D

sekian...
wassalam :D

Promote : Cik Hawa


Cik Hawa nak bagitahu bahawa tempahan blog, header, cover timeline untuk online shop page, fanpage dibuka. 

Contoh2 gambar yang ditempah


    Cover Timeline - RM5 ( mengikut citarasa custemor )
    ( Jika berminat sila PM saya di Facebook - Hawa Syazana II )

    Tempahan | MKFC Blog --> Tekan Sini
    Tempahan | Areena Ulim Blog --> Tekan Sini

    Banner blog RM5.00 ( Mengikut citarasa sendiri )
    ( Jika berminat sila PM saya di Facebook - Hawa Syazana II )

     Header Blog Tidak/Bersambung
    Gambar Sendiri - RM7.00
    Doodle - RM 4.00
    ( Jika berminat sila PM saya di Facebook - Hawa Syazana II )

    150x150 - RM5 sebulan
    750x130- RM5 sebulan
    ( Jika berminat sila PM saya di Facebook - Hawa Syazana II )


Jika berminat boleh hubungi saya di:-

Facebook - Hawa Syazana II
Wechat ID - hawasyazana90

Rabu, Ogos 14, 2013

Promote : Tawfiq Monocromatic

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ni ak nak promote blog kawan baik aku, merangkap mentor ak dalam bidang fotografi ni :D insyaallah gambar yang dia shoot mmg nice2 belaka...untuk kali ni ak letak gambar Majlis Pertunangan Riduan dan Hidayah di Tambun Ipoh...act, gambar ni da lama...tapi ak baru di beri peluang untuk kongsikan :D



kalo korang nak FOTOGRAFER yang BEST dan OWSEM korang boleh la contact dia dengan cara2 berikut :

Handphone : 013 - 5238194

sebarang pertanya sila berhubung dengan dia ye :P
ak just promote je...

sekian...
wassalam :D

raya 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

tiada apa yang special di raya ke tujuh ni...just nak update blog yang owsem ni :P

meh la tengok produk baru kami di ADVANCE SLIM PASTI KURUS...semestinya korang tak kecewa dengan keputusan yang diterima...dengan izin Allah :D

TIdo sepanjang hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

smalam adalah raya yang paling pelik bagi ak...nak tau kenapa?dari pagi ak tido,masuk tengah hari ak tido...then after zohor sambung tido...bangun utk asar, then tido...masuk maghrib after isyak sambung tido...bole kata semalam tido je keje ak...benda lain nak wat un takde mood...tak tau la kenapa...mak ak kata maybe sebab ubat yang ak amik...ak un rasa cam tu gak...sbb kemungkinan tu mmg ad :D

so hari ni ak elakkan diri dari tido lagi...tapi ak tak tau nak wat pe sangat...sbb bila tengok tv konpem ak tido...haish...entahla...ubat ni bahaya gak kekadang...buat kita jadi malas...

pepe pun ak smakin sihat :D Alhamdulillah

tak tau nak tulis pe da...
sekian...
wassalam...

Ahad, Ogos 11, 2013

raya 3

Saje nak tunjuk rupa ak pada raya ketiga :P


ak ter'insomnia'

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

hari ni ak dapat insomnia lagi...nikmat tido malam tak dapat di rasakan...ni gara2 terlepas waktu EMAS tido ak...rugi nya...

ak nak menaip ni bukan pe, sbb takde orang yg bole ak sembang pagi2 camni...ye la...da jam 3.45 pagi...orang lain pakat tido, ak duk ngadap laptop melayan insomnia ak ni...

haish...susah juga bila berpenyakit camni...tp takpe...ak terima dengan hati terbuka...ad hikmah di sebalik setiap kejadian...cuma kita takkan tahu sbelum kita alami nya....

apa pun, thanks pada korang sudi datang ke blog ak yg tak seberapa ni...dengan klik IKLAN dan FOLLOW...terharu sangat2...thanks smua...

sekian dari ak...

impreza awie
ipoh, 3.40 pagi

Bacaan untuk menggugurkan dosa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rasulullah SAW bersabda ertinya
"Sesungguhnya Alhamdulillah, Subhanallah, Lailahaillallah dan Allahuakhbar, akan menggugurkan dosa-dosa seseorang hamba sebagaimana gugurnya daun pokok ini."

4 zikir yang di sebut adalah Tahmid, Tasbih, Tahlil dan Zikir...

bacaan biasa utk zikir ini ialah :

"Subhanallah Walhamdulillah Wala ila haillallah Allahuakhbar"
ertinya
Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

dalam hadis lain dikatakan bahawa zikir ini adalah yg paling berat timbangannya.

Insyaallah...jika kita ikhlas membacanya pasti kita dapat ganjarannya :D

sekian..
wallahualam...

Sabtu, Ogos 10, 2013

raya 1 dan 2

assalamualaikum dan salam sejahtera...

post kali ni just nak share beberapa perkara je...

antaranya gambar kat bawah ni...

malam pertama :D

raya kedua

selain dari gambar...ak ad buat video :D


video
ni video ucapan raya...buat dalam stgh jam je smua skali


Isnin, Ogos 05, 2013

3 hari saja lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

apa kabar?harap korang sihat sejahtera...
entri kali ni just nak share sumting berguna...
Ramadhan tinggal 3 hari je lagi...jadi, gunakanlah baki hari yang ad ni sebaik mungkin...

amalkan zikir yang paling disukai Allah...di kala kita sedang dalam suka mahupun duka...

Subhanallah, Walhamdulillah, Wala ila haillallah, Allahuakhbar

ertinya :
"Maha Suvi Allah, segala puji bagi Allah dan tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar."

Dalam riwayat lain :
"Perkataan yang paling utama setelah Al-Quran ada empat. Keempat-empat kalimat itu merupakan bahagian dari Al-Quran."

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Ada dua kalimat yang ringan untuk diucapkan namun berat dalam timbangan dan sangat disukai Allah"

iaitu :

Subhanallah hi wabihamdih, Subhanallah hil a'zim

ertirnya :
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung."

semoga dengan perkongsian ini dapat kita sama2 mengumpul amal kebaikan di bulan yang mulia dan bahagia ini...insyaallah...

sekian dari ak...
wassalam...
wallahualam...

sumber - Fadilat-fadilat Amal : Amalan-amalan ringan tetapi besar pahalanya

Ahad, Ogos 04, 2013

Sebelum pergi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

tinggal lagi 4 hari sebelum Ramadhan berlalu pergi...diharap ramadhan ini bukanlah Ramadhan terakhir buat kita semua...ayuh sama2 kita perbanyakkan amal ibadat dan kebaikan di bulan yang mulia dan bahagia ini...sesungguhnya kematian itu adalah perkara yang paling dekat dengan kita, jadi janganlah kita membuang masa lagi menunggu masa kemudiannya...berbuat baiklah kita semampu kita...jangan lepaskan peluang yang masih berbaki ini...


ya Allah...sesungguhnya kami insan yang kerdil dan hina...kami bermohon dan meminta kepada Mu ya Rabb kami...tempatlah kami dalam golongan orang beriman dan beramal soleh, berikanlah kami taufik dan hidayah Mu, serta panjangkan umur kami untuk kami terus melakukan amal soleh...sesungguhnya Kau lah Tuhan Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

amin ya rabal alamin...

sekian dari ak...
wassalama...
wallahualam...

Promote : Advance Slim

Anda ingin KURUS?ingin buang LEMAK di badan?tapi tak tahu caranya?

ayuh dapatkan ADVANCE SLIM PASTI KURUS...anda pasti tak kecewa jika di izinkan Tuhan...insyaallah

Khamis, Ogos 01, 2013

Baru ku tahu

9.Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah (1989-1994) Sultan Perak

baru ak tahu yang ak lahir pada masa Sultan Perak agong di Malaysia :D wow...rasa begitu teruja dan terharu :D

semoga Sultan Perak di panjangkan umur dan dirahmati dan diberkati Allah...amin...

DAULAT TUANKU


ahmad tujuh dan biru

assalamualaikum dan salam sejahtera....

entri kali ni takde pe sangat...just ak nak kongsi beberapa perkara mengenai ak...so,padan la dengan tajuknya pun...

nama ak bermula dengan AHMAD...jadi apa specialnya AHMAD ni...tadi ak search pasal benda lain....dan terjumpa benda lain...jom kita baca sama2 :D

"2. Kata Ahmad, jika kita perhatikan satu-persatu hurufnya maka huruf-huruf itu akan menggambarkan sosok orang yang sedang melakukan solat, tahukah kalian bahawa SOLAT merupakan sebaik-baik doa dan ibadah yang pernah diperintahkanNya."
 
klik gambar untuk ke blog sumber

so,itulah apa yang ak dapat dari kata nama AHMAD...

selain dari tu...ak di lahirkan di dalam bulan julai...jadi ak sangat suka akan nombor 7...apa yang ak temui dengna nombor ini ialah seperti berikut...

"inilah nombor paling baik.selain itu juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu..."
ni merupakan sbahagian dari penjelasan...kalo nak tau lebih korang bole klik ni --->SUMBER<--- nbsp="" p="">
selain dari nombor...ak minat kale biru...so,apa yang menarik dengan kale biru ?

biru melambangkan PERASAAN...selain dari perasaan ianya melambangkan sifat2 berikut : romantis, harmoni, tulin, kerjasama, unik, berseni, empati, setia

sumber dari : BIRU 1

selain penerangan di atas...berikut penjelasan tambahan mengenai warna biru :

"Biru dikaitkan dengan kebijaksanaan, kesetiaan dan royalti. Kerana ia adalah wakil dari langit dan lautan, ia mempunyai ciri-ciri yang luas, sering membuat bilik yang dicat biru kelihatan lebih besar. Biru telah terbukti mempunyai kesan yang menenangkan apabila boleh mengurangkan tekanan darah dan kadar jantung. Warna ini sering menjadi pilihan doktor untuk pesakitnya...."
sumber dari : BIRU 2 

berikut merupakan personaliti warna biru :

"Karakter seseorang yang meminati warna biru boleh dikatakan memiliki sifat yang romantik dan lebih kepada rasa dalaman. Jenis personaliti seperti ini cenderung kepada sifat yang setia, menghargai sesuatu perhubungan sesama manusia, suka pada pergaulan, kadangkala suka berimaginasi dan nampak tenang dalam hubungan cinta.Namun begitu, mereka adalah jenis yang sensitif dan kurang memberi saing kepada orang lain. Ini kerana jenis personaliti seperti ini terlalu mengikut rasa sensitiviti dalaman dan menghargai rasa orang lain.Kebanyakan personaliti biru ini ada pada artis, penyajak, penulis, ahli musik, ahli philosofi."
 sumber dari : BIRU 3

ok...cukuplah setakat ini saje penerangan,penjelasan dan perkongsian ak untuk hari ni...di harap korang mendapat sedikit sebanyak info yg berguna...insyaallah...

sekian dari ak...
wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...