adsense

Iklan Berbayar

jejaka kacak @ gadis cantek

Khamis, Jun 27, 2013

Freebies,Giveaways,Segmen,Contest : JULAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera

entri hari ni takde pe sangat...just nak kasi tau blogger dan juga partner2 dan sponsor2 bahawa segala aktiviti dan program akan di jalankan Julai ini...ini bersempena dengan tarikh2 yang istimewa dalam hidup ak dan keluarga...insyaallah hadiah2 yang di beri berguna untuk semua...

so,jangan lupa slalulah ke sini untuk lihat smua aktiviti ini :D thanks

sekian,
wassalam

Ahad, Jun 23, 2013

Jerebu : Ada kaitan tak dengan ayat Quran??

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entri kali ni based on status yang di update oleh Like Page berikut :

so,brader WanSFikri telah mencetuskan idea :D thanks bro

jadi bila ad orang yang telah buka perkara mengenai Al -Quran, ia mula menarik perhatian aku untuk mencarinya sendiri...dan akhirnya ak berjumpa jawapan dari Quran kesayangan Mak :D thanks to Mak :D

so,apa yang ak jumpa adalah seperti berikut :

Surah ke 44 (Ad-Dukhan), Ayat ke 10
Maksudnya :
maka tunggulah pada hari ketika langit membawa kabut yang tampak jelas*

*Bencana kelaparan menimpa kaum Quraisy kerana mereka menentang Nabi Muhammad SAW.

Kosakata Mukhtasar At-Tabari :
'yauma taktis samaa u bidughonim mubin' : yang dimaksud kabut di sini adalah ketika Rasulullah SAW berdakwah kepada kaum Quraisy untuk supaya mereka menjaga diri mereka disaat musibah yang akan menimpa sebagaimana yang di'prediksi' akan terjadi di masa Yusuf AS., iaitu terjadinya kekeringan dan kegersangan yang sangat. Pada saat itu orang - orang Quraisy menegadahkan kepala mereka ke langit, mereka tidak melihat kecuali kumpulan kabut, kemudia Abu Sufyan mendatangi Rasulullah SAW dan berkata,"wahai Muhammad! sesungguhnya kamu telah datang kepada kami untuk kami taat dan menyambungkan silaturrahim dan sesungguhnya kami itu sudah binasa, maka berdoalah kepada Allah SWT untuk mereka.
Tafsir At-Tabari :
Allah SWT menjelaskan pada ayat -ayat ini tentang balasan(azab) bagi musyrik Quraisy yang telah menentang Muhammad SAW dan bermain - main dengan keragu - raguan. Bahawa tunggulah balasan itu akan datang saat Allah SWT menurunkan bencana kepada mereka, iaitu ketika langit membawa kabut yang nyata selama bertahun - tahun berupa kemiskinan.
Dan Allah SWT menyebutkan bahawa kabut itu akan menutupi penglihatan mereka dengan kemiskinan (kelaparan) yang akan menimpa mereka sebagai balasan bagi mereka. Kemudian, orang - orang kafir yang ditimpa bencana berupa kemiskinan itu, mereka berdoa dengan penuh ketundukan kepada Allah SWT agar mereka dilepaskan dari bencana kemiskinan itu, mereka berkata,"Sesungguhnya jika Engkau melenyapkan azab ini, maka kami akan beriman dan beribadah hanya kepada Mu," (Tafsir At-Tabari Jilid XXI, 2001: 13-22)
Asbabunnuzul :
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Ibnu Mas'ud bahawasanya kaum kafir Quraisy terus - menerus menentang dakwah Rasulullah SAW sehingga tibalah saat beliau memohon kepada Allah SWT agar didatangkan pelajaran bagi mereka berupa kekeringan seperti halnya kaum Yusuf AS. Doa Rasulullah SAW pun dikabulkan sehingga mereka mengalami kekeringan dan kelaparan sampai tulang belulang pun mereka santap. Setiap saat, mereka memandangi langit berharap hujan akan datang. Maka dari itu, turunlah ayat ke 10-11 ini sebagai peringatan dan pelajaran atas sikap durhaka mereka (Lubabun Nuqul: 173)
jadi itulah serba sedikit mengenai perkara berkaitan JEREBU dan QURAN...di sini kita dapat simpulkan yang KABUT itu adalah satu perkara atau musibah yang akan menimpa manusia. KABUT tidak semestinya kemiskinan atau kelaparan sahaja. seperti apa yang berlaku kepada kita juga di sebut sebagai KABUT. untuk ini slalunya kita akan gunakan konsep Kiasan. Islam ini universal dan syumul, jadi jangan sempitkan fikiran kita bahawa kabut itu adalah kabut. tidak bole di ubah dengan keadaan dan musibah lain. tukar persepsi dan pandangan kita itu, barulah boleh jadi Muslim cemerlang dan terbilang. Insyaallah.

sekian,
wallahualam
wassalam
 
 
 
 

Alergik

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entri kali ni pasal diri ak je...tak de mood nak update sangat...

ak ni ad macam2 penyakit...dan penyakit utama ak menjadi penyebab kepada penyakit2 lain yang ak ad ni...alergik ni adalah salah satu penyakit tambahan yang ak dapat...sangat2 terseksa dan menyakitkan...gatal2 satu badan...hanya Allah je tau betapa seksa dan sakitnya yang ak rasa...ak un tak tau ak alergik pada benda pe...sampai seluruh badan ak gatal2...setiap hari sapu ubat,makan ubat....tp makin teruk jadinya...

ya ALLAH, ampunilah segala dosaku...berikan aku kekuatan utk teruskan perjuangan ku di dunia ini...hanya pada Mu kami bermohon dan meminta...

spatutnya hari ni ak kena ajar sorang junior ak sal komputer...tp ak baru tau yg ayah ak nak pegi kursus dan mak ak takde teman kat rumah...so,ak buat keputusan utk tangguhkan ajar budak tu dan lebih baik rasanya ak temankan mak ak...insyaallah, kalo ak mampu,ak bole buat banyak benda utk bantu mak ak...tp tu la,penyakit telah menghalang sbahagian dari kemampuan ak....ak redha dan terima segalanya...

rasanya cukuplah ak merepek...insyaallah malam ni aku akan update pasal contest...amin...jika panjg umur...

sekian,
wassalam

Isu Semasa : Jerebu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

entri kali ni sperti tajuk di atas...

so,apa yang kita dapat daripada jerebu ni?

  • manusia tidak fikir panjang dalam membakar sesuatu
  • manusia tidak sedar akan kekuasaan Allah
  • manusia lalai dengan perintah dan suruhan Allah dan Rasulullah
  • manusia malas memikirkan perkara di sebalik kejadian ini
apa yang korang dapat bila ak timbulkan apa kesalahan kita sebagai manusia?ak rasa ad sbahagian dari korang yang membaca entri kali ni da dapat jawapannya. kepada yang tak dapat jawapan jangan risau, jawapannya akan menyusul.

tapi skung cuba tengok perkataan pertama yang ak taip;MANUSIA. yup3. perkara ini berlaku oleh sebab manusia sendiri. kita yang memilih untuk jadi camni dan Allah tentukannya untuk terjadi atau tak. Allah biarkan perkara ini berlaku sbb pa?cuba kita muhasabah diri kita, di mana kedudukan kita sekarang?kalo kita mati akibat jerebu, cukup tak amalan baik utk bantu kita masuk ke syurga Allah yang hakiki?pelbagai persoalan bole timbul bila kita mula menyedari akan hikmah sesuatu perkara. 

oleh yang demikian, marilah saudara2 ku sekalian, mari kita berubah ke arah kebaikan (hijrah). jangan tunggu lagi, masa tidak menunggu kita, kematian adalah perkara paling hampir dengan kita, jadi, gunakan masa terluang kita untuk melakukan lebih banyak ibadat dan kebaikan. insyaallah, akan Allah bantu kita menghilangkan perkara yang tidak kita minta ini.

jangan risau, kalo betul kita orang ISLAM, kita ad IMAN, kita spatutnya yakin bahawa JEREBU hanyalah sebahagian UJIAN kecil untuk kita, UJIAN yang LEBIH BESAR ialah kita sedar atau tidak bahawa DIRI kita sendiri berada di ambang BAHAYA. bahaya yang bagaimana? jerebu mampu membuatkan kita mati, tapi jika kita mati ketika berhibur, gembirakah kita begitu?bagaimana pula jika kita mati tanpa orang tersayang di sisi?sbb tu bila jerebu berlaku, kita di sarankan untuk duduk di rumah, dari sini kita bole lihat HIKMAH di sebalik jerebu. SUAMI boleh menghabiskan masa dengan ISTERI dan ANAK2 seterusnya menghilangkan TEKANAN KERJA dan TIDAK PERLU KELAM KABUT utk ke pejabat atau ke tempat kerja. ISTERI dapat merehatkan diri dari melakukan tugas2 harian di luar rumah dan ini dapat memberikan ISTERI masa yang banyak utk melayan SUAMI dan ANAK2. ANAK2 pula dapat bersama IBU BAPA di rumah dan melakukan aktiviti riadah di dalam rumah atau mungkin BELAJAR bersama2 IBU BAPA mereka.

kesimpulannya di sini, segala perkara yang berlaku di dunia ini pasti ada hikmah di sebaliknya dan untuk kita ketahui hikmah sesuatu perkara tersebut mudah saja, MUHASABAH diri kita dahulu, kemudian kita luaskan skop dan sudut pandang kita kepada yang lebih besar (keluarga,masyarakat,negeri dan negara).

di harap dengan mencetuskan entri ini dapat membuka minda korang smua untuk teruskan kehidupan dengan gembira, bahagia, aman, sejahtera. Insyaallah. Wallahualam

sekian,
wassalam

Teman Selamanya : Soleh dan Solehah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

entri tengah pagi buta ni akan ak citekan serba sedikit pasal teman selamanya yang bakal kita jadikan sebagai suami/isteri...bila kita memilih calon,sudah pasti kita memilih calon yang soleh/solehah...tp kita kena ingat "lelaki yang baik utk wanita yang baik dan begitu juga sebaliknya".jadi untuk menyebut soleh/solehah mmg la mudah, tp untuk mendidik diri menjadi seorang soleh/solehah satu perkara yang memerlukan keikhlasan dan menjaga akhlak sbgaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud "orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah paling muda akhlaknya" (hr tirmidzi dan an-nasai)

jadi,untuk mendapat teman yg soleh/solehah, kita perlulah memperbetulkan diri sendiri dengan menguatkan lagi keimanan diri kita. ini sekaligus memperbaiki akhlak kita sbgai seorang mukmin berbalik kepada hadis Rasulullah s.a.w dalam perenggan pertama.

di bawah ini di senaraikan panduan utk mendidik diri menjadi soleh/solehah agar berjaya mendapat pasangan yang soleh/solehah.

Taat Perintah Allah
ini adalah perkara paling penting utk menjadikan kita seorang muslim yang beriman dan beramal soleh. jika kita terus mengikut dan mentaati perintah Allah, insyaallah kita bakal 'jutawan pahala' di akhirat kelak. kepada kalian yang mendapat pasangan yang sebegini sngat2lah beruntung kerana ketaatan dan kepatuhannya pada Allah s.w.t.

Menjaga Hati Ibu Bapa
tanpa ibubapa siapalah kita sekarang. dan kita tidak sepatutnya bersikap biadap atau menderhaka kepada ibu bapa kerana mereka telah banyak berjasa pada diri kita. Sesungguhnya keredhaan Allah s.w.t. bergantung kepada keredhaan ibu bapa kita sebagaimana firman Allah dalam surah al-Isra; ayat 23 yg bermaksud "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharamu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun berkata "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

Merendah Diri dan Hati
sebagai manusia yang mempunyai akal spatutnya kita sedar bahawa segala yang kita miliki sekarang hanyalah pinjaman semata-mata dan tidak boleh bawa ke 'sana' kelak. jadi sentiasalah bersyukur dengan apa yang di kurniakan dan sentiasalah meringankan tangan membantu yang susah.

Berbuat Baik Sesama Manusia dan Makhluk Lain
ini adalah antara perkara yang di tuntut dalam Islam. berbuat baik sesama manusia dengan membantu dan menolong manusia yang dalam kesusahan. selain manusia, kita juga di tuntut untuk menjaga keharmonian alam sekitar@makhluk lain.

Memilih Kawan Yang Baik
kita di dunia ni tak mungkin boleh hidup sendirian, kita memerlukan keluarga dan juga kawan. ini kerana selain keluarga kawanlah yang menjadi teman kita sewaktu suka dan duka. jadi, utk dapatkan pasangan yang baik, ikhlas dan mulia akhlaknya hendaklah kita berkawan dengan orang yang baik. Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Seseorang itu dinilai (akhlaknya) dengan agama kawannya, maka perhatikanlah dengan siapa dia berkawan." (hr abu daud dan tirmidzi). jadi pilih la kawan yang baik, berilmu dan bole di jadikan teladan dan bukannya sbgai lawan.

oleh yang demikian, jagalah IMAN kita, smoga kita bertemu teman yang soleh/solehah. Insyaallah.

wallahualam,
sekian,

Sabtu, Jun 22, 2013

Pra Pengenalan Contest 1 : Photoboom

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

pagi ni nak update entri berkaitan dengan fotografi...
so,inilah contest pertama dari ak utk korang smua...
contest ni mudah je...tak perlu pening kepala nak cari model or pepe...
kamera pun tak perlu kamera mahal2...just pakai kamera henpon Nokia C2 pun da cukup ok...
tp pastikan gambar tidak di ubahsuai dan jelas (tak blur)...

itu serba sedikit penjelasannya...untuk segala perkara mengenai contest ni akan di update kemudian...
so,korang ad masa untuk bersiap sedia...smoga berjaya...

sekian,
wassalam

Jumaat, Jun 21, 2013

Giveaway,Segmen,Contest,Freebies

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entri kali ni aku nak cite skit pasal perkara2 di atas....

ak cadang nak buat

  • 1 Freebies
  • 2 Giveaway
  • 3 Contest
  • 4 Segmen
so, total up ad 10 aktiviti yang akan ad kat blog ak ni...dan Alhamdulillah ada beberapa orang blogger yang sudi jadi 'partner' ak dalam menjalankan beberapa aktiviti...tak silap ad 5 orang blogger yang sudi jadi partner...so,5 lagi aktiviti maybe ak buat sorang2 or maybe ada blogger yang nak jadi partner?who knows,rite?

kalo ad aktiviti, mesti la ad hadiahnya...untuk hadiah dan semua tu kita tolak tepi dulu,maybe ada yang berminat nak sponsor?kalo ad mmg terbaiklah :D

rasanya cukuplah ak menaip utk pagi ni..
sekian,
wassalam

Khamis, Jun 20, 2013

Aku dan Penyakit

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entri kali ni ak nak story skit pasal jasad aku yang lemah dan hina ni...ak test air kencing dan darah 2 minggu lepas,keputusannya amat menakutkan...ak di katakan ada penyakit keturunan dan aku ni macam magnet,terima je smua penyakit keturunan sblum2 ak...salah satu penyakit keturunan adalah Tekanan Darah Tinggi (high blood pressur)...so,ak ad darah tinggi...tu satu dan ada lagi penyakit2 lain yang tak bole ak citekan...bukan pe,biarlah ia menjadi rahsia ak dan orang yg mengenali ak saje yang tahu...tp selain dari darah tinggi ak ad kencing manis, gastrik dan migrain...lain2 penyakit masih rahsia dan tak perlu rasanya ak citekan kat sini sbb korang sendiri bole tau penyakit2 keturunan ni...harap2 begitulah

jadi,ak di sini memohon jasa baik kalian untuk mendoakan supaya ak cepat sembuh...doa kalian banyak membantu aku utk terus sihat...

terima kasih kerana sudi membaca...
sekian,
wassalam

Entri Lepas Subuh : Apa special?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

semalam aku berjaya bungkuskan hadiah untuk batch pertama yg aku sponsor...tp tak post minggu ni kut...sbb masih bz dengan kerja dan kesihatan...insyaallah minggu depan ak akan postkan untuk batch 1 dan hujung nya akan aku postkan untuk batch 2...tp ak tak bole janji...ni bukan janji just merancang...Allah tentukan segalanya...

malas nak update panjang2...so,sekian...
wassalam..

Rabu, Jun 19, 2013

Pencarian Partner Untuk Contest,Giveaway,Segmen dan Freebie :D

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

di sini aku nak minta jasa baik sape2 yang berminat untuk jadi partner ak dalam buat aktiviti2 yang tersenarai...

3 contest
2 giveaways
4 segmen
1 freebie

kalo berminat sila tinggalkan butir2 maklumat seperti berikut :

nama penuh :
no telefon :
email :
facebook :

aku akan cuba contact korang yang sudi jadi partner aku...so,keep in touch :D

sekian,wassalam
shafawi dzulkefli
admin blog
Founder & CEO
IT Satu Ummah
Shafawi Dzulkefli Enterprise

Ahad, Jun 16, 2013

Solat : Istikarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

  Entri kali ni di tulis kerana telah lama aku ingin kongsikan, tetapi tidak berkesempatan. Alhamdulillah hari ni Allah berikan aku peluang untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang aku miliki.

  Istikarah dari pandangan aku adalah melakukan solat sunat Istikarah di mana memohon petunjuk dari Allah dalam membuat pilihan untuk perkara yang harus. Itu hanya secara ringkasnya, untuk penerangan lebih jelas boleh merujuk kepada pakar agama atau para ustaz dan ustazah.

  Sebelum berIstikarah sebaiknya kita meminta pandangan dan nasihat daripada para ulama atau orang soleh berkenaan perkara yang ingin di minta. Ini di panggil sebagai 'musyawarah'. Seelok - elok orang yang ingin kita ber'musyawarah' ialah :

  • soleh dan bertakwa
  • berilmu
  • berpengalaman dalam sesuatu hal dengan jalan yang benar
  • amanah
  Di bawah merupakan langkah - langkah melakukan Istikarah.
Sebelum Istikarah :
  • Istikarah hanya pada perkara dunia yang harus sahaja
  • bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah atas dosa dan kesalahan yang dilakukan (sebaiknya melakukan solat sunat taubat)
  • neutral iaitu tidak mempunyai apa - apa kecenderungan terhadap pilihan yang ada
  • disunatkan bermusyawarah dengan orang yang boleh dipercayai atau pakar dalam sesuatu bidang sebelum Istikarah
  • memastikan diri tidak terlibat dengan sumber harta yang haram
  • memilih waktu berdoak yang mustajab
  • berwudhuk dengan sempurna
Semasa Istikarah :
  1. menunaikan solat sunat 2 rakaat
  2. bacaan surah : 
    1. Al - Fatihah dan Al - Kafirun
    2. Al - Fatihah dan Al - Ikhlas
  3. selepas salam, baca doa Istikarah berikut (bahasa melayu) : 
          Maksudnya : "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada Mu dengan ilmu Mu, dan aku memohon ketentuan daripada Mu dengan kekuasaan Mu, dan aku memohon daripada Mu dengan limpah kurniaan Mu yang besar. Sesungguhnya, Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkaulah Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutlah urusan yang dimaksudkan) baik bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirkan ia bagiku dan permudahkan serta berkatilah bagiku padanya. Seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutlah urusan yang dimaksudkan) mendatangkan keburukan bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkan aku daripadanya dan takdirkan kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya."
(Riwayat Ibn Majah, Abu Daud dan lain - lain)

Selepasa Istikarah :
  • meneruskan solat dan doa Istikarah sebanyak 3 kali berturut - turut.
  • memerhatikan alamat yang mungkin ada seperti mimpi atau kecenderungan hati
  • jika telah memperoleh jawapan, bersyukurlah kepada Allah
  • jika keputusan yang diambil kurang baik, maka mungkin disebabkan kurang peka dengan jawapan yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t., tersilap membuat pilihan, telah mempunyai kecenderungan hati sebelum Istikarah atau pelbagai kemunkinan lain. Oleh sebab itu, janganlah menyalahkan Allah, sebaliknya terimalah ia sebagai satu ujian yang menguji kemantapan iman terhadap qadak dan qadar.
Hasilnya :
  1. sebelum Istikarah : berserah diri kepada Allah s.w.t.
  2. semasa Istikarah : tenang
  3. selepas Istikarah : reda dengan ketentuan Allah s.w.t.

  Itulah langkah - langkah ringkas Istikarah. Di bawah akan aku senaraikan beberapa perkara tambahan Istikarah.

Kesalahan dalam Istikarah :
  • tiada ilmu tentang Istikarah
  • langsung tidak melaksanakan Istikarah
  • hanya menunggu mimpi atau alamat yang aneh tanpa mempertimbangkan alamat lain yang lebih penting seperti kelapangan fikiran, ketengan emosi, dan kemantapan hati
  • hati sudah ada kecenderungan dalam pilihan sebelum Istikarah
  • menyalahkan takdir atau menyesal dengan perkara buruk yang berlaku setelah Istikarah
Istikarah yang betul :
  1. mengakui kesalaha dan bertaubat
  2. bersih dalam pilihan
  3. mimpi, gerak hari dan pandangan
  4. mengulangi Istikarah
  Maka lengkaplah nota ringkas Istikarah. Jika nota ini berguna, kongsikanlah bersama orang tersayang. 

sekian,
wassalam
shafawi dzulkefli






Sabtu, Jun 15, 2013

Jom join Segmen 24 Hours Nurul Nizam

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

jom sertai segmen 24 hours Nurul Nizam

syarat mudah dan hadiah pun best...jangan lepaskan peluang yang ad...rebutlah peluang keemasan ini secepat mungkin

http://mia-udax.blogspot.com/2013/06/segmen-24-hours-by-nurul-nizam.html

Hadiah : Giveaways dan Segmen

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

pertama sekali aku nak minta maaf sebab banyak hadiah yang aku tak bagi lagi...aku terpaksa tangguh semua tugas aku kerana aku ada masalah kesihatan dan kena selalu ulang alik ke hospital...setiap minggu 3 kali aku kena ke hospital...jadi aku terpaksa tangguh segala kerja lain untuk pastikan kesihatan aku terjamin...

aku baru je bulan lepas bedah lutut sebab tergelincir dan lutut terkena bucu...ligamen putus,tempurung lari,tendon totally out...so,kalo nak tgk gambar bole tengok kat facebook ak...macam2 gambar ada...

isnin lepas aku baru dapat keputusan ujian darah dan air kencing dan aku di syaki menghidapi penyakit2 kronik...ad banyak penyakit...dan organ2 dalaman aku semuanya tak berfungsi dengan sempurna dan ak terpaksa makan banyak ubat utk terus sihat dan selamat dari serangan penyakit2 ni...

aku harap korang semua yang terima hadiah dari aku memahami kedudukan aku sekarang...insyaallah...hadiah korang ad je...cuma tak sempat nak post je...

kat bawah ni ak letakkan sebahagian gambar2 hadiah yang ad...masih belum berbalut lagi...detail pemilik hadiah semua da ad...tinggal nak balut,tampal detail,pos ! DONE :D

novel

motivasi

amalan

soal jawab

motivasi

motivasi

kesemua buku yang di beli dalam 1 hari

kulit putih,gebu dan mulus : hadiah terbaik buat masa ni

 barang kat bawah ni takde kena mengena dengan hadiah..just nak promote barang yang aku jual je...
Tabita full set : RM 380 (free postage)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...