adsense

Iklan Berbayar

jejaka kacak @ gadis cantek

Selasa, September 17, 2013

T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY!



Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013

Segmen 1st Mama


korang...jom la join segmen pertama Mama..pemenang di pilih secara random..tak susah un syarat2nya...jom join :D

Jom layan dan masalah tenet


sambil2 korang layan media sosial tu, jom la layan video yg owsem ni...insyaallah korang akan ketawa dengan telatah mereka ni...kalo tak ketawa ak rasa korang da takde sense of humor la tu...kui3...gurau je..

gara2 tenet ak slow, ak susah nak online media sosial skung ni...nasib baik blog tak berat...kalo berat juga tak beronline la ak...

cd burner wat hal

assalamualaikum dan salam sejahtera

tension tul ak malam ni...cd burner ni wat hal lagi...kejap ok kejap idak...ya Allah...terujinya ak..da banyak cd yg da rosak....adoi...

nampaknya esok kena cari cd kosong lagi la...da la banyak nak kena burn....dia buat hal lagi...

smoga ak di berikan ketabahan untuk mengharungi ujian ini...amin...

sekian...

Isnin, September 16, 2013

cd/dvd burner problem

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

ni kisah pasal laptop ak yg da tua ni...sian dia,da la tua, pastu banyak part yg rosak...dalam dua tiga bulan ni cd/burner ni rosak...sadis sangat...udah la banyak benda nak kena burn...pastu bila skung da elok dia lembab la plak...ya Allah...teruji nya ak...

kepada penerima hadiah berkaitan cd ak minta maaf sangat2...ni un belum pasti elok lagi ni...ak masih menanti jawapannya...haiyak...tolong doakan smoga laptop ni terus sihat dan berkhidmat dengan baik..amin

sekian..
wassalam...
wallahualam...

Sabtu, September 07, 2013

Nama lain iblis di syurga

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

entri kali ni ak nak share pe yg ak baca :D

Nama-nama lain yang diberikan kepada iblis di syurga


  1. langit pertama - ar-Rafii'ah (ahli ibadah)[al-Abid]
  2. langit kedua - al-Maa'uun (ahli ruku)[ar-Raki]
  3. langit ketiga - al-Maziinah(ahli sujud)[as-Saajid]
  4. langit keempat - az-Zahirah (slalu merendah dan takluk kepada Allah)[al-Khaasyi]
  5. langit kelima - al-Muniirah (selalu taat)[al-Qaanit]
  6. langit keenam - al-Khaliishah (bersungguh2 dalam beribadah)[al-Mujtahid]
  7. langit ketujuh - al-Ajiibah (sederhana dalam menggunakan sarana hidup)[az-Zahid]
sekian...
wallahulam bissawab
wassalam

Iblis ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

topik kali ni takde apa sangat...just ak nak update blog yg semak ni..hohoho...

korang kenal tak iblis ni?azazil?sape dia ni sebenarnya ye?ak rasa mesti korang tau skit2 pasal dia...sbb da tertulis pun dalam quran pasal iblis ni...so, pe yg menarik sangat?

ak nak tanya korang, iblis tu dari golongan apa?malaikat?jin?syaitan?

kalo korang tau jawapannya sila tinggalkan komen dan letak skali bukti@dalil...nak tau sbb pe ak tanya?sbb ak un tak tau..so,kepada yang cerdik pandai bole la tinggalkan komen korang ye...

anyways thanks coz drop by here :D

sekian..
wassalam...
wallahualam bissawab

Rabu, September 04, 2013

Keutamaan solat sunat rawatib

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

"Sesiapa yang selalu mengerjakan dua belas rakaat daripada solat sunat, maka Allah membangun rumah baginya di syurga. Empat rakaat sebelum Zohor dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak dan dua rakaat sebelum Subuh."

untuk lebih jelas seperti berikut


  1. sebelum Zohor - 4 rakaat
  2. sesudah Zohor - 2 rakaat
  3. sesudah Maghrib - 2 rakaat
  4. sesudah Isyak - 2 rakaat
  5. sebelum Subuh - 2 rakaat
wallahualam bissawab..
wassalam

Cara solat sunat gerhana matahari dan gerhana bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

ciri2 solat :

  • 2 rakaat
  • setiap rakaat mempunyai 2 qiam
  • setiap rakaat 2 bacaan Al-Fatihah
  • setiap rakaat 2 rukuk
  • setiap rakaat 2 sujud

cara2 solat :

Niat
Gerhana bulan
Usal li sunna ta ghusufil komari rak 'ataini lilla hi ta'ala
niat di hati "Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Gerhana matahari
Usal li sunna ta kusufish shamsi rak 'ataini lilla hi ta'ala
niat di hati "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala"


  1. Takbiratul ihram
  2. Doa iftitah
  3. Al-Fatihah (pertama)
  4. surah al quran
  5. rukuk - baca tasbih sebanyak2nya
  6. iktidal
  7. Al-Fatihah (kedua)
  8. surah al quran
  9. rukuk - baca tasbih sebanyak2nya
  10. iktidal
  11. sujud (pertama)- baca tasbih sebanyak2nya
  12. duduk antara 2 sujud
  13. sujud (kedua) - baca tasbih sebanyak2nya
  14. ulangi langkah 3 hingga 13 untuk rakaat kedua.
  15. tahiyat akhir
  16. salam
jika berjemaah disunatkan diadakan khutbah gerhana menerangkan fakta kejadian gerhana dan mengaitkan dengan kepercayaan kepada Allah.

wallahualam bissawab...
sekian..
wassalam


Selasa, September 03, 2013

Harga minyak naik @ subsidi ditarik balik?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

kecoh satu Malaysia pasal harga minyak naik...pelik ak...harga minyak tu naik ke?mmg kalo istilah nampak macam naik...tp pada dasarnya subsidi minyak di tarik...

so,apa masalah nya?

kerajaan menarik subsidi minyak 20sen tapi kerajaan masih menanggung subsidi yang banyak...sbgai contoh subsidi beras,gula dan lain2 lagi...so,takat 20sen, takkan kita tak mampu kut...kete mahal2...makan mewah2...takkan 20sen seliter da nak mengamuk...sabar kawan2...sabar...

ini sbahagian dari ujian Allah untuk kita rakyat Malaysia...cuba kita pikir rakyat di benua Afrika...ad yang tak dapat makan langsung...kita baru harga minyak naik, da melenting...bersyukurlah kerana kita masih di beri subsidi...kalo takde subsidi mau ramai yg kelaparan...janganlah nak hidup mewah saje...cuba la rasa pe orang lain rasa...

ak malas nak celoteh banyak...apa yang ak nak, korang pikir balik...di mana kita sekarang...bukan di mana kita tinggal atau duduk saja...tp dimana tahap kita sekarang...MISKIN kah kita?tak bukan?BERLAPAR kah kita?tak juga...jadi?fikir2kanlah...

sekian...
wassalam...
wallahualam bissawab

Isnin, September 02, 2013

Cara Solat Aidilfitri dan Aidiladha

Assalamualaikum dan salam sejahtera

ciri2 solat :
  • 2 rakaat
  • rakaat pertama - 7 kali takbir
  • rakaat kedua - 5 kali takbir
  • boleh dilakukan berjemaah atau bersendirian
  • mempunyai kutbah - selepas solat sunat
cara2 solat :

dimulakan dengan niat
Aidilfitri : 
Usalli sunna ta li aidil fitri rak 'a tai ni lilla hita 'ala
niat di hati "Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat kerana Allah Ta'ala."

Aidiladha :
Usalli sunna ta li aidil adha rak 'a tai ni lilla hita 'ala
niat di hati "Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat kerana Allah Ta'ala."

teruskan niat tadi dengan cara2 berikut :
  1. Takbiratul Ihram - Allahuakhbar (wajib)
  2. Doa iftitah (sunat)
  3. Takbir pertama hingga ketujuh (sunat)
  4. Ketika takbir sunat diangkat tangan seperti Takbiratul Ihram (sunat)
  5. Selepas takbir, baca "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah hu wallah hu akbar" (sunat)
  6. Selepas takbir ketujuh, baca Al-Fatihah (wajib)
  7. Selepas Al-Fatihah, baca surah Al-'Ala (Sabbihis) atau surah Al-Kafirun (Kul ya) (sunat)
  8. Ruku' (wajib)
  9. Iktidal (wajib)
  10. Sujud (wajib)
  11. Duduk antara dua sujud (wajib)
  12. Sujud kedua (wajib)
  13. Qiam untuk rakaat kedua
  14. Takbir lima kali (sunat)
  15. Ulang tasbih ""Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah hu wallah hu akbar" (sunat)
  16. Selepas takbir kelima, baca Al-Fatihah (wajib)
  17. Selepas Al-Fatihah. baca surah Al-Ikhlas (kul hu wallah) (sunat)
  18. Seterusnya ulang cara 8 hingga 12
  19. Kemudian duduk tahiyat
  20. Tasyahhud
  21. Selawat
  22. Salam
begitulah serba ringkas cara2 solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha...bezanya cuma niat...

sekian..
wassalam...
wallahualam bissawab...

Solat Sunat Muakkad Berjemaah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Solat sunat yang dituntut(muakkad) secara berjemaah adalah lebih utama daripada solat sunat muakkad bersendirian. Ini kerana Nabi SAW melakukan solat sunat berikut secara berjemaah. Baginda juga tidak pernah meninggalkan solat sunat berikut. Berikut merupakan solat sunat yang dituntut untuk berjemaah :


sekian...
wassalam...
wallahualam bissawab

Duduk yang pahalanya seperti mengerjakan haji

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk berzikir kepada Allah SWT sampai terbit matahari, kemudian dia solat sunat dua rakaat, maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah secara sempurna..."

dalam hadis lainnya yang bermaksud :

"Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah, seolah-olah dia mengerjakan solat sepanjang malam"

wallahualam bissawab...
sekian..
wassalam...

Ahad, September 01, 2013

7 Kesilapan Kewangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

kita sebagai manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan....dalam kewangan juga ada kesilapan yang selalu kita lakukan...jadi, telah dikumpulkan disini 7 kesilapan yg biasa dilakukan oleh kebanyakan orang...


  1. selalu memberi alasan - antaranya "terlalu muda", "belum bersedia" dan lain2 alasan lagi
  2. tiada matlamat yg tetap
  3. kurangnya disiplin dalam mencapai matlamat
  4. kurang kesedaran dalam pengiraan
  5. tiada perancangan dan plan yang sesuai bagi mencapai matlamat
  6. tiada persediaan menangani rintangan@masalah sampingan
  7. tidak mahu mendengar nasihat pakar@orang berilmu/berpengalaman
jika kita dapat elakkan ketujuh2 kesilapan ini, insyaallah kita akan berjaya mengawal kewangan dan pastinya kita tidak akan terjebak dengan masalah kewangan lagi...

sekian dari saya..
wassalam...
wallahualam bissawab...


Selepas Subuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

nak buat pe after subuh?haaa...baca al mathurat...moga2 murah rezeki dan dilindungi dari pagi sampai ke petang...petang baca al mathurat lagi sekali...macam mana al mathurat tu?kat bawah ni video nya...
al mathurat ad 2,ad panjang dan pendek...yang ni version pendek punya atau sughra...so,jgn lupa tuk baca ni slalu...jadikan amalan...insyaallah peroleh barakah dan insyaallah di murahkan rezeki dan di lindungi...

sekian...
wassalam..
wallahualam bissawab

Niat - permulaan segala amalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab R.A., aku mendengat Nabi S.A.W bersabda : "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu."
(HR al-Bukhari dan Muslim)

keterangan :
-amalan hanya dikira jika disertakan niat.amalan ialah segala perbuatan dan perkataan yg dilakukan sama ada wajib atau sunat, sedikit atau banyak..

- hijrah ialah meninggalkan sesuatu utk sesuatu yg lain sbgai contoh tinggalkan perbuatan jahat utk menjadi baik...

sekian..
wassalam...
wallahualam bissawab
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...