adsense

jejaka kacak @ gadis cantek

Selasa, Ogos 27, 2013

Bidang terbaik untuk kita di IPT

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entri kali ni ak nak kasi tip macam mana nak pilih bidang terbaik utk kita ceburi di ipt :D
insyaallah jika betul caranya, kita pasti berjaya...

kita di lahirkan demi 3 tugas utama iaitu :

  • hamba Allah
  • khalifah Allah
  • mengimarahkan dunia berlandaskan hukum Allah
minat setiap manusia berbeza2...ada yg minat bisnes dan ad yg minat bersukan dan lain...ini bagi kita menyempurnakan antara satu sama lain...jika terkurang satu minat, pasti tidak terhasilnya dunia yg serba sempurna ini...

dalam memilih bidang, pasti banyak pilihan dan jawapan yg di berikan diri kita dan orang sekeliling kita...sbgai contoh ibu bapa kita mennyuruh kita menjadi doktor, tp kita minat komputer, maka apa harus kita lakukan?

pilihlah bidang mengikut minat kita...ini kerana kita akan 'duduk' dalam bidang tersebut sepanjang hayat kita....jika kita mengikut pilihan ibu bapa tanpa ada rasa minat pada bidang yg mereka pilihkan utk kita, risau di masa akan datang kita akan berasa bosan dan tidak bahagia dengan bidang yg telah kita ceburi...ini kerana kerjaya yg kita ceburi tidak sesuai dengan minat kita...

cara utk mendapatkan pilihan kita adalah dengan berbincang dengan ibu bapa kita...beritahu secara jujur dan baik dengan ibu bapa kita..jelaskan kenapa kita perlu memilih bidang yang kita minati...antara sebab yg ada ialah kita tidak mahu kita kecewa dengan apa yg berlaku di masa hadapan dan tidak mahu kerjaya kita tidak bertahan lama dan membuatkan kita bosan dan tidak bahagia...kita risau juga yang kita bakal jadi pekerja yg malas dan tidak bertanggungjawab kerana kita tidak meminati bidang tersebut...insyaallah dengan penjelasan yang terperinci pasti ibu bapa kita akan lembut hati untuk mengikut pilihan kita...

jangan lupa, tidak ada orang yang malas, yg ad cuma orang yg tidak berminat dengan kerja @ bidang yg di ceburi...jika kita lakukan perkara yg kita tak minat,pasti kita rasa cepat letih...jika kita tidak minat sesuatu perkara,cuba untuk meminatinya...insyaallah,jika kita berusaha pasti Allah akan bantu kita..

kesimpulannya
- pilih bidang ikut minat kita
- berbincang dan jelaskan kenapa kita perlu ceburi bidang yg kita minat
- lakukan istikarah sebagai usaha membuat pilihan terbaik utk masa hadapan kita
- jangan berputus asa dalam meminati sesuatu
- teruskan usaha, pasti berjaya

sekian...
wassalam
wallahualam...

1 ulasan:

Aswan Azmy berkata...

yup..minat yang paling penting..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...