Assalamualaikum dan salam sejahtera...
bawang merah?kenapa tajuk entri kali ni pasal benda ni?nak tau sbb nya?
bawang merah adalah benda yang slalu di gunakan dalam masakan...tp tahukah kita bahawa banyaknya khasiat bawang merah...oleh yang demikian...hari ni ak nak stori mori skit sal bawang merah...
bawang merah adalah salah satu herba yang efektif untuk kesihatan tubuh badan kita...selain itu bawang juga digunakan dalam kebanyakan masakan Melayu...bawang juga dikatakan dapat digunakan untuk mengatasi pelbagai penyakit..dalam perubatan tradisional timur tengah, bawang merah digunakan utk mengubati DIABETES.
pada awal abad ke 20, Amerika gunakan bawang merah untuk atasi masalah gangguan PERNAFASAN dan PENCERNAAN. Bawang diyakini dapat meningkatkan prestasi atlet malah peserta Olimpik dahulu kala juga mengambil bawang dalam bentuk JUS atau menjadi ubat SAPUAN di badan sbelum pertandingan.
bawang mengandungi thiosulfinates bagi membantu mengurangkan GEJALA diabetes dan lindungi dari penyakit JANTUNG. Quercetin;flavonoid yg ad di dalam bawang menCEGAH PERADANGAN berkaitan alergi dan melindungi dari RADANG LAMBUNG, KANSER KERONGKONG dan PAYUDARA.
pemilihan bawang berwarna pekat adalah disarankan oleh para penyelidik. menurut meraka lagi, bawang mentah atau di masak sedikit juga amat baik utk mengelakkan hilangnya thiosulfinates akibat panas.
dan yang paling penting, bawang adalah bahan masakan terbaik yang digunakan orang Melayu dulu, kini dan insyaallah selamanya.
utk pengetahuan korang, jika tiada bawang, epal merah bole menggantikan bawang. cara ini digunakan oleh chef2 yang berani :D slalunya chef2 di atas kapal laut...
diharap dengan entri ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan menjadi info berguna utk kita dan orang lain...insyaallah.
sekian...
wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan