adsense

Iklan Berbayar

jejaka kacak @ gadis cantek

Jumaat, Mei 24, 2013

Portal berkaitan Kemasukan ke IPTA@Poli@UiTM

assalamualaikum dan salam sejahtera :D

kepada adik2 lepasan SPM...kat sini ak kongsikan beberapa link yang berguna utk korang :Dharap membantu korang semua dalam menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya....Insyaallah :D 

portal bahagian pengambilan pelajar UiTM :http://pengambilan.uitm.edu.my/permohonan/sesi-disember
 

portal bahagian kemasukan pelajar UiTM :http://www.online.uitm.edu.my/permohonan.cfm?id=D
 

portal rasmi UiTM :http://www.uitm.edu.my/
 

portal KPT :http://upu.mohe.gov.my/
 

portal rasmi UiTM Seri Iskandar :http://perak.uitm.edu.my/
ikhlas dari,
shafawi dzulkefli 

Sabtu, Mei 18, 2013

Kerja kosong

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entri kali ni aku nak tolong sorang bro ni mencari pekerja sambilan utk jadi promoter...
kat bawah ni ak quote dari dia punya status...

Salam 1 Malaysia,

Ada sesiapa yang berminat untuk menjadi promoter pada 23 - 26 Mei 2013. Gaji RM70 satu hari. Berminat boleh hubungi 019-3838490 dengan kadar segera. TQ
kalo korang malas nak kol,bole la berhubung dengan dia di FB beliau @Bro Hamdan 

so,apa tunggu lagi...peluang da ad...rebutlah peluang ni...

sekian...
wassalam :D

Jumaat, Mei 17, 2013

Terakhir?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

hummmmm...
aku rasa macam hari ni hari terakhir aku hidup di alam ni...aku rasakan suatu kelainan yang sangat berbeza dari sblum ini...ya Allah,adakah benar apa yang aku rasakan ini?

ya Allah,jika benar hari ini merupakan hari terakhir aku,Kau tabahkan hati orang2 yang mengingati aku...Kau sampaikan salam rindu ku pada semua orang yang ak kasihi,cintai dan sayangi selama ini...aku juga ingin memohon seribu kemaafan dari semua orang yang pernah mengenali aku atau pernah tahu akan aku...ya Allah,ampunkanlah segala dosa ku...begitu banyak dosa ku ya Allah...permudahkanlah segala urusan jasad dan roh ku..hanya pada Mu aku berserah dan meminta...amin ya rabal alamin...


Khamis, Mei 16, 2013

Entri sebelum Maghrib

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entri kali ni just nak stori skit2 apa yang berlaku kat aku...

tadi aku g klinik 1 Malaysia sbb aku nak cuci luka kat lutut *ni kes jumaat minggu lepas....
then malam smalam ak ad rasa pedih hulu hati..bila telan air liur rasa pedih dari tekak sampai ke hulu hati...then bila ak da di panggil, MA tu tanya ak rasa camne then dia suh aku nganga...dia kata tongsil aku merah@bengkak...dia kata ni simptom awal gastrik...aku pun pelik,apsal la ble ad gastrik lak ni...haish...tapi takpa,aku terima ni dengan redha...aku tahu ni smua sbhagian dari ujian Allah bertujuan menghapuskan dosa2 kecil aku dan naikkan darjat aku di sana...wallahualam...

yang menariknya ubat yang aku kena makan smakin banyak...before ni hanya 8 biji skung da tambah lagi 4 biji...total up smua da 12 biji ubat...wat da fish...oleh sbb aku nak sembuh kena gagah juga la makan ubat...dan hari ni aku berpuasa sunat bulan rejab :D alhamdulillah aku mampu bertahan sampai sekarang...

korang bagaimana?ad sakit pepe?puasa sunat tak?renung2kan :D

sekian...
wassalam..

Entri Sahur : rejab

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entri kali ni aku tulis time before sahur...puasa sunat kali ni special skit sbb aku injured dan mak aku bangun untuk masak sahur...dan yang lebih menarik skali mak n adik akan puasa sama2...so,smua pun berpuasa...ayah tak kesah sangat kalo mak tak masak sbb ayah un jarang balik tengah hari tambah2 skung ni ayah sedang sibuk untuk menyiapkan khemah2 nya...kesian ayah...tp tu la...aku nak bantu ayah pun x bole,sbb aku bukan nya pandai welding tu smua...tgk mmg nampak senang,cuba la buat...aku penah cuba kut,tak kuat langsung lekatnya...haish...takde kemahiran mewelding besi tul aku ni...ahaks...

lagi satu,ayah aku ni bagus...dia tak suka susahkan orang lain...tp tu yang tak best tu sbb susah anak2 dia ni nak tolong...kekadang bila kita tolong pun kena marah juga...haish...pelik2...tp takpa...ayah tetap hero kami :D kami sayang ayah...

berbalik kepada waktu sahur ni...mak just panaskan makanan smalam yang da simpan lam peti sejuk...so,ok la tu...bersahur bukannya perlu masak banyak2...tambah2 bukan ramai cam bese...da 3 orang punya makan je...skit2 cukup...x perlu banyak nanti membazir...

rasanya cukup takat tu je...aku da blank pe aku nak taip...sori...
sekian..
wassalam...

Rabu, Mei 15, 2013

Islam : Mereka ada di sekeliling kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entri kali ni sedikit 'scary' dan mengelirukan...
kepada yang punyai persoalan dan apa sahaja,sila tinggalkannya di ruang komen di bawah...jika terasa ada yang mengganggu anda selama ini terus baca Al - Fatihah..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan Maha Esa...aku berserah pada Mu...bantulah aku dalam menyebarkan Dakwah Rasulullah demi Agama Mu...
amin ya rabal alamin...

jika anda ingin tahu lebih lanjut,teruskan membaca...

pernahkah anda dengar perkataan QARIN?jika jawapannya tidak maka teruskan membaca...

"Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah di temani dengan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat."sahabat bertanya,"adakah engkau juga wahai Rasulullah?"baginda menjawab,"dan saya pun.akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya, maka tidaklah ia mendorong saya kecuali kepada kebaikan." (HR Mulsim)

Maksud QARIN :
Mengikut istilah, qarin adalah istilah yang Allah beri di dalam Al-Quran. Qarin adalah teman atau rakan. Dari sudut bahasanya qarin itu adalah makhluk halus yang menjadi rakan dan pendamping manusia.

-Istilah Makhluk Halus- 
Kamus Dewan : makhluk seperti jin dan syaitan yang hidup di alam ghaib
Budaya masyarakat Melayu : hantu,bunian,jembalang,puntianak,pelesit,toyol,pocong dan semua roh jahat yang melakukan kemudaratan kepada manusia lain.
Masyarakat Arab : al-jinn,jinni,jinnah,syaitan,iblis dan infrit
Kamus Arab : al-Munjid,Lisan al-Arab,Mukhtar al-Sihah yang membawa maksud roh kotor atau jahat yang melakukan kejahatan dan menakutkan anak Adam dengan pelbagai cara.
Istilah Al-Quran : syaitan,syayatin,jin,jinnah,qarin,iblis dan infrit
Istilah Hadis : Ummu Sibyan,Khanzab,Aamir,Ammar,Alwalahan,Mukhannas dan Mukhannathuun.

rasanya cukup stakat ini saya ceritakan tentang QARIN ini...insyaallah di lain masa akan saya kongsikan lagi perkara berkaitan jin,syaitan dan iblis...

sekian...
wassalam,
shafawi dzulkefli

Selasa, Mei 14, 2013

Anda mahu kerja yang senang,mudah dan tidak membebankan?


Assalamualaikum dan salam sejahtera

anda berminat untuk bekerja?anda masih mencari kerja?inginkan kerja yang mudah?ingin kerja tanpa masa yang panjang atau tetap?mudah sahaja...

hantarkan resume anda ke email berikut -

impreza_awie@yahoo.com.my

butir2 lain yang perlu ada dalam resume adalah seperti berikut :

- gambar berukuran pasport
- nama,alamat tetap,alamat lain,no telefon (hp),email
- kemahiran,minat,hobi
- pengalaman pekerjaan
- keputusan upsr,pmr,spm dan lain2 yang di miliki
- kokurikulum skola dan pencapaian lain di skola
- lampiran kad pengenalan,sijil2 yang berkaitan

syarat minima :

- ikut arahan semua berjalan lancar

sekian,
bertugas untuk ISLAM,
shafawi dzulkefli

Isnin, Mei 13, 2013

Setelah 4 hari menyepi tanpa berita

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entri kali ni adalah pembuka bagi hidup baru dalam perjalanan yang penuh ranjau dan onak duri ini...dalam mengharungi dan menempuhinya aku terpaksa bersusah payah,berpenat lelah dan menerima segala ujian dan azab dengan redha berlandas rukun Iman : Percaya Kepada Qada' dan Qadar...

act...aku lama tak update sbb aku masuk HOSPITAL atas KEMALANGAN yang MENIMPA aku pada hari JUMAAT yang lepas...

aku telah tergelincir dan menerima luka parah di lutut kiri aku...alhamdulillah skung da setel dari OPERATE cuma aku kena makan ubat dan follow up ngan doktor pada tarikh2 yang telah di tetapkan...

so,rasanya itu je kut wat masa ni...

pasal KEMALANGAN yang menimpa aku,akan aku coretkan sebuah ENTRI KHAS yang menyimpulkan segala yang berlaku dari mula hingga aku balik dari HOSPITAL...

sekian...
wassalam..

Jumaat, Mei 10, 2013

Entri Pagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entri kali ni nak menyentuh pasal hari ni...HARI JUMAAT dan merupakan hari terakhir untuk kita mencatat apa2 jenis perbuatan BAIK mahupun BURUK di dalam buku AMALAN kita selama satu tahun ini...

so,hari ni JUMAAT,penghulu segala hari yang sangat2 indah dan mulia...pada hari ini kebanyakan orang akan berasa gembira kerana di berikan cuti untuk menunaikan solat jumaat,ada yang bekerja di benarkan pulang awal dan masuk lewat.selain tu ada la macam2 kerenah lagi di hari jumaat ni...

orang kata la,hari JUMAAT hari yang hebat,sebab kita nak cuti lepas 2 selama 2 hari bagi yang bekerja kerajaan atau mengikut konsep kerja 5 hari cuti 2 hari...so,hari SABTU dan AHAD menjadi hari pilihan untuk berehat bersama keluarga atau orang tercinta ataupun hanya di habiskan dengan melakukan aktiviti di rumah sahaja...selalunya yang gemarkan aktiviti riadah dan rekreasi pasti akan membawa keluarga untuk menikmati cuti dan rehat bersama...perkara2 begini sangat di galakkan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara keluarga dan masyarakat seterusnya...

tapi bukan perkara ni yang kita nak bincangkan...kita nak bincangkan mengenai hari ni...iaitu 30 JAMADIL AKHIR dan Insyaallah malam ni kita akan masuk ke bulan seterusnya,bulan di mana banyak peristiwa dan perkara yang baik berlaku iaitu bulan REJAB...pada petang ini selepas asar buku AMALAN baik buruk kita akan di angkat ke atas dan buku AMALAN yang baru akan di berikan kepada MALAIKAT yang mencatit baik buruk kita semua...dan dengan itu,gunakan masa yang ada ini dengan sebaik mungkin untuk melakukan amalan2 baik bagi memperbanyakan catatan baik pada buku AMALAN kita utk tahun ini...

bila buku AMALAN baru di turunkan,marilah sama2 kita semua muhasabah diri dan berhijrah@berganjak ke arah kebaikan dengan meninggalkan segala perbuatan buruk kita selama ini dan meneruskan hidup dengan amalan2 baik dan diredhai serta di rahmati Allah SWT...Insyaallah dengan HIJRAH yang kita lakukan pada REJAB yang mulia dan pada hari di mana berlakunya pertukaran BUKU AMALAN kita,ianya dapat memberikan kita semangat serta kekuatan untuk berHIJRAH ke jalan ALLAH SWT...

so,kata bawah ni antara web dan blog yang tulis pasal hari istimewa (rejab) :
http://sejarah.kompasiana.com/2013/04/11/keistimewaan-bulan-rajab-550181.html
http://asksalman19.blogspot.com/2012/05/keistimewaan-bulan-rajab.html
http://uswahislam.blogspot.com/2012/06/7-keistimewaan-puasa-bulan-rajab.html
https://www.facebook.com/notes/pusat-busana-muslim/keistimewaan-puasa-bulan-rajab/214892205199141

jadi...bulan rejab ni juga di galakkan utk berpuasa...apa lagi kawan2...ayuh kita mulakan puasa sebelum bertemu RAMADHAN yang berbahagia dan paling mulia :D

selamat DATANG REJAB,selamat TINGGAL JAMADILA AKHIR...
selamat DATANG buku AMALAN baru,selamat TINGGAL buku AMALAN lama...
selamat TINGGAL keburukan,selamat DATANG kebaikan :D

semoga ALLAH merahmati kita semua...
amin ya rabal alimin...

sekian,
ikhlas dari hati,
shafawi dzulkefli

Rabu, Mei 08, 2013

ENTRI PROVOKASI/MENCETUS/PERKAUMAN : baca jika mampu terima

Assalamualaikum dan salam sejahtera

entri kali ni ladalah seperti tajuk di atas...

 
ENTRI PROVOKASI/MENCETUSKAN PERGADUHAN dan PENGHUJAHAN...

kepada yang nak baca status ni sila teruskan bacaan..
kepada sesiapa yang tak boleh terima status aku sila delete or report or pepe je la...
hanya orang pandai,orang bijak,orang berilmu,orang yang faham ISLAM,faham melayu dan orang2 yang ingin berjuang memberpatahankan ISLAM,MELAYU dan MALAYSIA je akan faham pe benda aku nak stori kali ni...




kepada PENYOKONG2 PR;PAS,PKR dan DAP sorilah...aku tak suka korang...sbb korang suka timbulkan kekecohan dan suka ganggu orang dan sibuk dengan status aku...

kepada PEMIMPIN PR;PAS,PKR dan DAP aku mmg tak suka korang...hanya pandai berkara2 tapi tidak pandai lakukan apa yang korang katakan...

kepada PENYOKONG BN;UMNO,MCA dan MIC korang ok tapi masih ad kelemahan....jaga la hati korang,jaga diri sendiri,jangan jadi cam depa...kalo orang kutuk kita,orang kenakan kita...kita sabar je...terima je...kalo nak balas,balas dengan cara berilmu dan bijak...jgn ikut cara diorg...

kepada PEMIMPIN BN;UMNO,MCA dan MIC please la...jgn la pikir diri kalian saje...dan ni khas utk MCA dan MIC;kalian adalah bangsa lain dan tolonglah jangan nak cari pasal dengan kami orang MELAYU dan UMNO...tolong jangan tamak nak pangkat itu dan ini...jangan nak timbulkan kemarahan orang ISLAM terutamanya....dan ni khas utk UMNO;kalian orang MELAYU dan ISLAM,tolonglah perjuangkan ISLAM bukan sekadar MELAYU...please...dengar la kata2 rakyat dan penyokong kalian ni....

dan ini adalah status provokasi/perkauman/pencetus dari aku

aku penyokong tegar Barisan Nasional...aku jadi camni sebab aku nak follow UMNO...aku sokong UMNO sbb UMNO di pelopori dan di wakili oleh orang ISLAM dan MELAYU...

aku MELAYU dan aku juga ISLAM...aku memang RACIST...aku cukup RACIST dengan orang yang cuba dan terus MELAWAN dan MENENTANG ISLAM dan MELAYU...

aku cukup pantang kepada orang yang memainkan HAK ISTIMEWA orang ISLAM dan MELAYU kat MALAYSIA...

aku RACIST kepada kaum2 CINA,INDIA...tau sbb pe?KORANG tu tak sedar...korang tu duduk kat MALAYSIA atas sbb kami ORANG MELAYU baik hati..kalo kami nak halau korang,bole je...KORANG bukan PENTING sangat pun...takde korang pun kami boleh HIDUP...kami MELAYU dan ISLAM kuat je...kami ada ALLAH...kami ada QURAN...kami ada HADIS...kami ada SUNNAH untuk di ikut...SYURGA di janjikan untuk kami orang ISLAM yang mengamalkan segala tuntutan agama kami...SYURGA itu indah..kalo kalian orang CINA dan INDIA nak masuk SYURGA gak,JOM la MELUK ISLAM...kami mengalu2kan saudara BARU...

kami sesama ISLAM adalah BERSAUDARA...kami takkan biarkan saudara kami di tindas,di caci,di marah,di tipu dan lain2...kami akan terus pertahankan ISLAM dan melindungi saudara2 kami...

aku dengan ini tidak akan membiarkan kalian semua;saudara2 seISLAM dan bangsa ku di tindih,di tipu dan di perolok2kan...aku akan terus berjuang hingga ketitisan darah terakhir...selagi hayat di kandung badan...

ikhlas dari aku,
shafawi dzulkefli


*nak hujah?jangan kat sini,jom kita face to face...

Selasa, Mei 07, 2013

Ringkas utk masa yang panjang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

entri kali ni nak ringkas je...tak larat asyik berceloteh je...
gambar tiada kena mengena dengan cite....

dalam 2 3 bulan ni aku rasa aku xpernah lagi rasa bosan...

sbb setiap masa ada je kerja yang aku kena buat...itu la,ini la...tp alhamdulillah,segala kerja yang aku buat ada faedah dan kebaikannya...

dan syukur,semalam aku telah terima bayaran atas kerja aku...sangat2 gembira...dapatlah aku langsaikan hutang yang ada...insyaallah...

hari ni rasa bersemangat skit sebab aku dapat rehat yang cukup dan rasanya banyak benda nak kena aku buat hari ni :D yeah...semangat!!

dan dalam 1 2 minggu ni aku sibuk berhujah pasal politik Msia ni...
aku anak perak

dan Barisan Nasional pastinya pilihan ku

ye la...aku ni jenis suka cetuskan status2 yang berbaur perkauman dan utk beri kesedaran...

so,orang yang makan cili mmg rasa pedasnya...

hik3...nasib la kan...aku da kata awal2,kalo x suka ak,just delete aku dari friendlist or block terus...aku un da banyak orang aku block...nasib korang la...yang berkeladak sgt nape...salah sendiri...nasihat tak mo dengar...

aku rasa cukup la cite sepanjang aku tak update lama ni...yang penting korang tau pe yang berlaku sebenarnya :D kepada yang slalu ke sini terima kasih ye....

rajin2 lagi ke sini,tinggal jejak dan jangan lupa komen :D sbb ad hadiah untuk raja komen dan komen terbaik utk setiap entri bulan ni :D

insyaallah...
PROBLEMS ?

sekian...
wassalam :D
selamat pagi :D

Sabtu, Mei 04, 2013

Aku cadang nak buat giveaway@contest@segmen

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entri kali ni aku nak minta pendapat korang la...sbb aku ni penah la create benda ni...

tp xde sorang pun yang join...

sedih gila...tp itu 2 3 tahun lepas...so,ak rasa dah tiba masanya aku buat giveaway@contest@segmen...


hum...cukup dengan intro,kita terus ke tajuk utama...jadi,apa pandangan korang?nak buat apa?giveaway@contest@segmen?

pastu brape lama ak nak buat?kalo ak buat ad ke yang nak join?berapa orang je nak join?sorang?

ada yang berminat nak buat giveaway@contest@segmen bersama ke?atau nak jadi sponsor ke?bole gak ak rasa...kalo kita gabung,lagi ok...sbb senang nak promotekan giveaway@contest@segmen tu...

act,ak ada banyak idea nak buat...cuma slalunya bila ak guna idea ak sendiri kat blog ak...ianya tak menjadi...agak kecewa di situ...so,nyatakan pendapat dan padangan korang di ruang komen di bawah...

p/s : komen terbaik dalam entri ni akan di beri hadiah istimewa :D so,jgn x komen pulak,rugi...

sekian
wassalam...

Jumaat, Mei 03, 2013

Aku tak mampu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entri kali ni nak cite skit perasaan aku hari ni...
kira ni macam luahan hati aku la...
hari ni aku dengar sedikit ceramah dari Habib Ali di tv3 petang tadi dalam rancangan Al Kuliyah...tajuk hari ni ialah Kelebihan Surah Al-Kahf...tajuk yang sangat menarik dan memang aku nak tau...tapi bila akak aku Facetime dari Istanbul,adik aku tutup suara tv dan aku suruh dia rakam (nasib ad astro pvr)so,ok la...sbb len kali bole tgk...

aku masih kuat lagi waktu ni...sbb x banyak yang aku terima...tp waktu 7.30petang aku da set dekat astro yang nak tengok cite Tanah Kubur dan mmg automatik akan rakam...so,aku tengok skejap after mandi n berwudhuk...dan tajuk hari ni adalah munafik dan yang menarik dan telah membuat hati ku sayu bila pelakon dalam cite tu;Muin cakap dekat Tok Adi "tok,nanti kalo saya mati,sy nak tok yang uruskan jenazah sy,pasti sy mati dengan tenang..." terus je hati aku tersentuh dan mata aku terus berkaca...aku cuba rasakan kedudukan aku di tempat dia...ya Allah,aku tak mampu...dan aku terus masuk ke bilik terus mengalirkan air mata...bercucuran air mata aku keluar pabila aku rasa bila aku dalam keadaan dia...dapat tak korang rasa apa yang aku rasa ni?kalo korang punya empati yang tinggi,pasti korang rasa apa yang aku rasa...then,ak bersiap untuk solat maghrib,ak bentangkan sejadah...tp bila aku berdiri di atas sejadah,aku jadi lemah...ak terus sujud ke bumi dan menangis...aku tak mampu...

aku tak mampu untuk teruskan solat ku...aku teruskan menangis dan terus berdoa dalam sujud ku itu...setelah aku rasa aku kuat,aku pun bangun dan berdiri untuk menunaikan solat ku...tp lepas aku angkat takbir...terus mengalir air mataku sekali lagi..kali ini aku rasakan seperti ini solat terakhir ku...seperti ini takbir ku yang terakhir...sperti ini malam terakhir ku untuk hidup di muka bumi ni...sperti aku rasa aku akan pergi selamanya...aku tak kuat...dan aku tak mampu...aku gagahkan juga untuk terus solat...aku teruskan solat ku dalam linangan air mata...sehingga sampai rakaat kedua air mata ku berhenti mengalir...tp setelah sampai tahyat akhir aku mula sebak kembali...sbb Allah masih beri peluang untuk aku terus bersujud dan melakukan kebaikan...ya Allah...terima kasih...

aku tak mampu...aku baca Al-Fatihah dan teruskn berdoa...doa ku pendek dan ringkas sbb aku tak mampu...selepas doa aku buka Al-Quran ke halaman surah Al-Kahf...ini kerana surah ini elok di baca pada hari jumaat...tp seelok2nya lepas maghrib pada hari Khamis atau lepas subuh pada hari Jumaat...tp di sebabkan aku tidak buat pada waktu itu,aku buat pada waktu lepas maghrib hari Jumaat ni...jadi,setelah aku selak halaman itu,aku mulakan bacaan...aku sedikit terkejut...kerana bacaan ku lancar...tidak sangkut seperti apa yang aku jangkakan...sperti aku sudah selalu membaca surah itu sedangkan ini kali pertama aku ingin baca surah itu selepas maghrib...mmg benar aku sudah khatam Al-Quran beberapa kali...dan sudah beberapa kali juga aku sudah baca surah tersebut...tp aku sudah lama tidak membaca Al-Quran...aku hanya baca surah yang aku hafal selama ini...tp Allah itu Maha Berkuasa...Dia berikan aku kemudahan dalam membaca ayat yang diturunkannya melalui Jibril kepada Nabi Muhammad SAW...tapi aku tak mampu...aku tak dapat baca surah Al-Kahf sampai habis,sebab aku masih sedih...aku tak mampu dan aku berhentikan bacaan aku pada ayat ke-46...dan insyaallah,akan ku sambung bacaan ku itu...

aku tahu aku tak mampu...tapi aku cuba sampaikan apa yang aku mampu...nilah luahan hati dari hati aku...aku tahu luahan ini akan kalian katakan sbgai untuk menarik perhatian dan macam2 tomahan pasti aku terima...tp aku tahu,aku mampu untuk terima segala tomahan itu...sbb bukan itu niat aku untuk meluahkan perkara ini...aku tulis luahan hati ku ini agar kalian semua dapat rasakan apa yang aku rasakan dan akug ingin kongsikan apa yang aku lalui dalam waktu yang sangat singkat ini...

aku tahu aku tak mampu mengembirakan dan menyentuh perasaan kalian semua...tapi aku tahu,kalian yang membaca luahan hati ku ini pasti merasakan sedikit perasaan ingin berubah...baguslah jika begitu,kerana perubahan itu perlu dan perubahan itu perlulah bermula dari hati...kerana hatilah yang membuktikan diri seorang itu...telah tercatat di dalam Al-Quran...telah Allah ciptakan untuk setiap manusia seketul daging,daging itu adalah hati,jika baik daging itu,maka baiklah orang itu,jika kotor daging itu,maka begitulah diri orang itu...

ayuh kawan2 sekalian,mari kita berubah...berubahlah dari sekarang...jangan tunggu...tidak kira kamu kecil,besar,muda,tua,hitam,putih,baik,jahat,bn,pas,pkr,dap,melayu,cina,india,lain2 dan siapa juga diri kamu sekarang,ayuhlah...ayuh kita berubah...

sekian dari aku...
aku tak mampu...
aku tak mampu mengubah kalian semua...
tp aku mampu mengubah diri ku...

wassalam...
renung-renungkanlah...

entri pendek

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entri kali ni ak nak wat pendek2 je...sbb tgn x mampu nak taip dan idea un cam kurang...mmg ad banyak draft...tp draft perlu di olah sedikit...baru ok...dan yg draft smua panjang2...nanti korang pula malas baca...

cukup dengan intro...skung kita sentuh bab hati...ok...kita smua tau hati ni apa..dalam quran sendiri tercatat tentang hati....segala benda yang kita nak buat smua bermula dari hati...jika bersih hati kita,maka elok lah kita,jika tak sebaliknya la...Prof Dr Muhaya,seorang pakar mata ada kata 'reset minda,jaga hati'....ringkas tapi amat mendalam....kenapa nak jaga hati?sbb dari hati la segalanya bermula...bukannya OTAK...otak hanya terima dan hantar je...hati ni adalah niat...niat ni adalah perkara utama dalam apa benda skali un kita nak wat...so,jagalah hati kita ya...

jaga hati selamat dunia akhirat insyaallah...
sekian
wassalam

Khamis, Mei 02, 2013

Entri subuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

yeah...hari ni aku puasa sunat...Alhamdulillah...

da lama rasanya aku x lakukan puasa sunat Isnin Khamis...dulu time kat skola menengah mesti ada je kawan2 yang ajak untuk berpuasa sunat Isnin Khamis...tp bila da duduk dekat U x ramai sangat kawan2 yang suka ajak,tp ada juga yang ajak,cuma jarang2...so,bila da abis U dan bercuti di rumah lagi la xde sape nak ajak...korang tau2 la bila duduk di rumah dan mak slalu masak yang sedap2...mesti sampai terlupa yang korang puasa...hik3 :D

so,Alhamdulillah...hari ni Allah berikan aku peluang untuk memulakan semula puasa sunat Isnin Khamis yang telah lama aku tak lakukan...aku tersedar bila aku cakap aku nak makan then ak perasan yang hari ni adalah hari Khamis dan jam menunjukkan pukul 5.06 pagi...so,mmg sangat2 sesuai untuk aku bersahur...aku un ambik kesempatan dan waktu yang ada untuk masak meggi dan siapkan air teh ais lemon kegemaran aku...bila da setel smua ak teruslah bersahur :D ak setel sahur kejap je,sbb makan meggi ngan air teh ais lemon je...mmg masih sempat utk sahur la...

secara officialnya harini aku bersahur dan berpuasa sunat hari Khamis...syukur sangat2...tak sangka dapat juga aku sempurnakan niat aku untuk berpuasa sunat sebelum bertemu Ramadhan...tp puasa hari ni masih belum sempurna jika aku tidak menahan lapar dan nafsu dari melakukan perkara2 yang di larang dan di tegah...aku harap aku mampu untuk menghadapi hari ini...Insyaallah...

kepada kawan2 yang belum mulakan langkah kecil ini,ayuh kita mulakan langkah untuk ke syurga....selangkah kita untuk bertemu Allah,10 langkah yang Dia untuk bertemu kita....jika kita berjalan untuk bertemu Dia,Dia berlari untuk bertemu kita...itulah antara kata2 yang dapat aku petikkan untuk menaikkan smgt blogger sekalian...

aku rasa cukuplah untuk kali ini...Insyaallah jika ada ruang dan peluang pasti aku akan menulis entri2 yang berguna untuk bacaan para blogger dan pembaca :D

sekian dari aku...
selamat pagi dan salam subuh...
wassalam
ikhlas dari,
imprezaawie

Rabu, Mei 01, 2013

Entri sebelum subuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entri kali ni di taip sebelum subuh :D
jadi korang paham kenapakn?sbb ak x tido la...ahaks...

ok...entri ni pendek je...just nak kasi tau blogger bertuah yang telah berjaya menjadi COMMENT KING (ck) bagi bulan april...blogger tersebut ialah saudari Nana Liena :D

dia ni mmg rajin komen post2 kat blog ak yang x seberapa ni...walopun x brape kenal dia ni,tp dia bole di katakan seorang blogger yang rajin :D *sbb ak stalk blog die :P maaf nana,ak terpaksa untuk mengenali diri mu dengna lebih dalam :D *jiwang siut

apa pun tahniah kepada Nana sbb da jadi ck untuk bulan april...jadi,kepada yang ingin jadi blogger bertuah seperti Nana,selalulah berkunjung ke blog ak yang seberapa ni dan jangan lupa tinggalkn komen dan juga jejak...insyaallah,jika ada masa ak akan stalk korang plak....hik3 :D

so,kepada Nana,sila beri respon...insyaallah ada hadiah istimewa untuk anda :D

sekian...
wassalam...

Aku di serang teman lelaki seorang kawan ku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

entri kali ni macam taik skit...sbb ak di serang,so ak jadi panas skit la...sbb ak kawan ngan budak tu bukannya ak nak jadikan dia calon isteri ak pun...datang teman lelaki dia pegi send msj kat fb ak kata : "bro...tolong jangan kaco ****"

terbaik tul la budak yg serang ak ni...dia nak mati kut...tp nasib la ak masih ad iman...nafsu ak nak membunuh un xde lagi...kalo x mmg mati budak tu kalo ak jumpa...dia ingat dia bagus kongkong kawan ak camtu?so,kat bawah ni apa yang ak luahkan di FB...korang bacalah dan jangan lupa renung2kanlah...

dari FB ak :

gila ah..
ak kena serang lagi...
oleh pakwe korang..
terbaik!

hei lelaki semua...
jangan la kongkon awek korang...
dia bukan duduk dalam penjara...
dia bukan alat mainan korang...
dia bukan benda yg tiada nyawa...
mereka adalah wanita...
ciptaan Allah yang paling mulia...
lebih tinggi darjat mereka dari pandangan Allah...
lebih terbaik dari kita;lelaki...

ak tahu nampak cam ak bodoh cakap camni...
tp korang kena ingat...
wanita yang lahirkan kita...
wanita juga yang didik kita...
wanita juga menjadi pasangan dan permaisuri hati kita...
wanita itu adalah segalanya bagi seorang lelaki...
korang tau x mak bapak diorg pun x kongkong macam korang?
korang ingat korang da HALAL ke?
korang bukan laki bini...
nikah pun belum...
apa pun tarak...
ilmu PUN CETEK je...
so,tolong la...jangan memalukn diri sendiri...

wahai wanita semua...
jagalah diri sendiri...
jangan biarkan lelaki bukan HALAL bagi kamu mengongkong diri mu dan kehidupan mu...
siapa mereka?mereka hanya ingin memusnahkan kehidupan mu...
jagalah maruah kamu dan hidup kamu sebaiknya....
mereka yang mengongkong kamu ini sebenarnya seorang yg tidak baik...
kalo kata Prof Dr Muhaya dia gelar sbgai ORANG BERKELADAK...
punyai perangai yang teruk...
suka mengongkong...
dan cemburu buta yang kuat...
haish...
macam ni ke calon suami yang kamu semua cari?
berfikirlah kaum hawa semua...
tolonglah...
jangan biarkan diri mu di pergunakan lelaki2 begini...
sedarlah wahai hawa...
sedarlah...

renung2kanlah...

sekian,wassalam
yang ikhlas,
Shafawi Dzulkefli

begitulah luahan hati ak di fb...harap korang yang baca entri kali ni beringatlah...mereka bukan yang HALAL bagi kita,jadi,jangan amik kesempatan...

sekian...
wassalam..



Hari Pekerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera

entri kali ni xde la gempak sangat...tp apa yang menariknya ini adalah entri ke 100 dan entri pertama untuk bulan mei...alhamdulillah ak masih di berikan ruang, masa dan peluang untuk teruskan hidup dan berblog sambil berkongsi kisah hidup,pengalaman,ilmu juga nasihat...

mmg kalo korang tengok blog ak ni kurang menarik...takde entri yg menarik...dan banyak lagi kekurangan dalam blog ni...tp ak persetankan smua itu...bukan apa,cantik atau menarik itu subjektif...ianya ikut pandangan dan pendapat masing2...sama macam mana seorang lelaki melihat seorang perempuan dan sebaliknya...jadi,xperlulah ak nak terasa sangat dengan apa yang orang kata sal blog ak yang daif dan hina ni...apa yang penting ISI setiap entri yang ak tulis...walopun kekadang ada entri yang macam merepek dan tak bawa makna atau kepentingan...tpi ak masih menyelitkan sedikit nasihat dan juga ilmu...siapa yang slalu singgah sini baca entri yg ak tulis dia akan tahu dan perasan akan smua itu...hum...ok?

cukup dengan intro yg da sampai 2 perenggan...kita masuk cite sal tajuk tu...hari ni merupakan Hari Pekerja dan ianya merupakan cuti umum bagi semua pekerja dan melibatkan juga pelajar sekolah kerana guru adalah sbahagian dari pekerjaan dan bila ia adalah kerja jadi dapat gak cuti pada hari ni...so,bila guru cuti,murid nak blajar ngan sape?ce kome smua cite...ce cite,ce cite...logik bukan?

Hari Pekerja di cipta bagi memberikan 1 hari pelepasan pada semua individu yang bekerja kerajaan mahupun swasta...kalo kerja sendiri,ikut suka korang la nak keje or cuti...korang bos,korang tentukan...hik3...tp ada juga yang x dapat cuti pada hari ni dan di minta bekerja...walopun begitu mereka tidaklah kena bekerja lebih teruk atau apa2 dan mereka juga di berikan bayaran gaji yang lebih lumayan sbgai contoh gaji TRIPLE...ni kalo keje tesco atau pasaraya slalunya camni la...kiranya masih ada kelebihan bekerja time cuti umum dan mereka gak dapat cuti time lain selain cuti umum...so,mmg FAIR sangat...

slalunya hari ni para pekerja yang punyai keluarga akan menghabiskan masa bersama keluarga tercinta...tp bagi pekerja yang bujang slalunya mereka akan habiskan masa bersama kawan2 atau teman2 rapat dan paling menarik yang habiskan masa dengan AWEK@BALAK....so,apa pun yang korang buat time cuti2 camni,fikirkan baik dan buruk...fikirkan cuti ini adalah masa rehat dan masa berekreasi paling baik...waktu2 camni la korang nak release tension dan lakukan perkara yang korang gemar dan buat perkara2 extreme...tp kena ingat juga risiko yang korang tanggung kalo wat benda2 extreme ni...hik3...risau x hidup atau perkara2 buruk yg lain berlaku je...ak mengingatkn je,bukan mendoakn...

pada ak,cuti umum macam ni mmg bagus dan spatutnya di panjangkan sedikit kepada 2 hari bagi memberi peluang, ruang dan masa pada mereka yang cuti untuk bersama2 keluarga dan orang tercinta lebih lama dan dapat lakukan pelbagai aktiviti kekeluargaan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga...hum...agak hebat ayat ni :P

rasanya cukuplah celoteh ak utk entri kali ni...ak doakan korang smua yang bercuti dapat bergembira dan berbahagia bersama orang tersayang dan tercinta...dan ingat,berhati2 di jalan raya dan jagalah kesihatan serta diri anda semua...

sekian...
wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...