adsense

jejaka kacak @ gadis cantek

Khamis, Februari 24, 2011

BloG bIrU !!

eh...pehal tetibe tajuk blog biru ni an?ish3...merepek2...sebenarnye bukan merepek...ni merupakan segmen yg sedang berlangsung kat blog BLOGPILIHANMALAYSIA.blogspot.com....saje la nak memeriahkan lagi segmen tu..so,join la sambil2 buang masa di waktu pagi....hik3...tp ape yg perlu di lakukan ek...humph...haaa...lupa lak..kena cite nape pilih kale biru...

nape pilih kale biru ek??(walaupun x fully colour biru..)
kat bawah ni sy senaraikn nape sy pilih kale biru :
- nampak tenang bila memandang
- warnanya lembut seperti hati sy (ahaks)
- sy gemar melihat langit,jadi warna biru pilihan sy
- tidak menyakitkan mata
- warnanya tampak segar
- sejuk mata memandang
- tidak ambil masa yg lama utk buffer
(blog ni lambat sbb byk bende len..hik3)
- lebih kurang cam FB
- simple but meaningful
- warna kegemaran ayah sy (waaaaa...)

itu je rasanya...kalo ad lagi,len kali sy tambah kut..ahaks...pepe pun..smua warna membawa maksud tersendiri...dan bergantung juga pada pendapat insan itu sendiri...sekian dari sy...salam..

sblum tu sy nak tag beberapa pren sy untuk segmen ni,kawan2 cepat2 buat post ye :

maizatul akma
faiz

selamat buat post...hik3...

Selasa, Februari 22, 2011

Selangkah Ke UiTM 2011 !!

salam sejahtera semua...ak ada berita baik nak kongsi ngan korang smua...nanti akan diadakan selangkah ke UiTM di UiTM Perak Kampus Seri Iskandar...ini merupakan peluang terbaek bagi lepasan2 SPM serta STPM x lupa juga kepada kawan2 yg berada di Matrik...boleh la korang dapat tau pasal program2 yg korang cadang nak sambung an...kat sini korang boleh tanye diorg tentang segala mcam perkara tentg kursus yg korang nak ambik...program ini akan di jalankan di dalam UiTM Seri Iskandar dan korang berpeluang merasai suasana dalam UiTM Seri Iskandar ni sendiri dan pe yg korang perlu tahu,UiTM Seri Iskandar merupakan kampus UiTM terbersih antara semua kampus UiTM juga telah memenangi Anugerah Naib Canselor...x lupa gak,UiTM Seri Iskandar merupakan UiTM negeri seperti UiTM Shah Alam...bukan senang nak dapat peluang camni an...so,marilah ramai2 hadirkan diri ke program ini...pasti anda xkn rasa rugi...

tarikh : 19 & 20 Mac 2011
masa : 8.30 pagi - 5.30 petang
tempat : Dewan Seri Iskandar,UiTM Ser Iskandar,Perak

bawah ni ada poster untuk program ni...

Isnin, Februari 21, 2011

Pengacara Muda 2011

apa kebendenye pengacara muda ni ek?korang mesti tertanya2 an...so,ak nak story skit la...

pengacara muda ni sama la macam pertandingan realiti yg len cam AF,imam muda dan len2 lagi...tp kelainan pengacara muda ni sbb di buat dalam Universiti dan semestinya yg boleh join hanya la warga U saje...ahaks...warga U tu un hanya yg bergelar mahasiswa dan mahasiswi je...ahaks again...

kat bawah ni adalah poster dr program ni...



sbb pe ak sentuh bende ni...ada kena mengena ke ngan ak?...humph...semestinye ada kena mengena ngan ak...kalo x,xde la ak sebok nak post pasal bende ni...ish3...so,ak sertainya atas cabaran dan faktor lain lagi...ye la...ad la org yg mencabar ak masuk bende ni...jadi trima la cabaran an...ak un nak cuba gak wat bende2 camni...hik3...ak un pegi ujibakat....pergh...terketaq wa cakap sama lu...walau un x ramai yg tgk,tp gementar tu mmg tinggi...tp alhamdulillah...ak lepas ujibakat tu....then berpeluang la masuk semi final (actually program ni kejap je...just ad 3 stage...ujibakat>semi final>final)huhuh...tp ak kecundang sewaktu semi final...ye la...ak ni un bukan hebat sgt nak jadi pengacara ni...kalo merapu macam JOHAN N ZIZAN tu boleh la...ahaks...tp ak sedih la dengan kekalahan ak....bukan sbb pe,sbb ak x dpt nak wat yg terbaek atas beberapa faktor...mmg sedih...tp apakn daya...mungkin ada yg lebih baek untuk ak yg ALLAH telah sediakan...insyaallah...pepe un,ak ucapa trima kasih pada yg mencabar ak,yg bagi smgt kat ak,yg sokong ak,yg kutuk ak,yg anti ak dan macam2 yg lagi la...kalo nak senaraikn mmg panjg la...so,thx to u too...cause read my story...

Sabtu, Februari 12, 2011

semalam...

pekehe nye yob dengan smalam?

ad la cite skit...hari ni bgun betul2 punya lewat...ni smua gara2 smalam...huhuh...x de la menarik sangat cite nye...tp nak story la skit...

smalam berbasikal ke bandar universiti...walaupun jaraknya x la jauh mana,boleh kate sekentut je (bak kata mak ak)...x silap ak jaraknye 2km je dr UiTM...tapi dsbbkan x biasa berbasikal jauh2,so mmg penat tahap gaban...waktu pegi x de la penat sgt...tp bila nak balik tu...adoyai...mmg penat sgt...tambah2 gear buat hal...lagi la penat jadinya...yg ak hairannya...betul gear depan gear blakang problem,betul gear blakang gear depan lak wat hal...tension ak di buatnya...yg buat ak bertambah penat,dalam beg,ak isikn barang yg ak beli...ak beli 2 tin susu n horlick...adoyai...da macam bawak laptop la plak an...berat je rasa kat blakang waktu kayuh balik ke UiTM...sampai je kat bilik trus je ak lepak depan kipas...huh...lega siut dapat angin trus menerus...hik3...pepe un,stamina ak smakin meningkat...yeah...smakin hari,smakin biasa ak berbasikal dan smakin hari gak badan ak smakin kecik (errr...ye ke?)...mungkin kut...hik3...

so,kawan2...marilah berbasikal macam ak...ak pasti korang akan lebih bersemangat,dapat mengeluarkan peluh,dapat senaman,dapat hirup udara yang lebih dan macam2 lagi kelebihan berbasikal ni...x caya korang cuba la ek...ak un da dapat rasa perubahannya...korang smua bila lagi...

thats all from me...ty for read it...

Khamis, Februari 10, 2011

Nilai-nilai Universal Dalam Tamadun


Pendahuluan
                Islam diturunkan sebagai rahmat kepada seluruh alam membawa bersamanya nilai-nilai universal yang merentasi sempadan, masa dan budaya.Sesuai untuk dilaksanakan bila-bila masa, dimana-mana penjuru dunia dan di dalam mana-mana budaya masyarakat. Nilai yang diamalkan oleh sesuatu kaum atau tamadun menggambarkan identiti sesuatu kaum dan tamadun tersebut.
Definisi Nilai
                Darjah, kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian (pemikiran , agama dan masyarakat) – kamus dewan edisi ketiga, DBP,KL.
Antara nilai-nilai universal dalam tamadun ialah
Nilai Kekeluargaaan :
                Tamadun Islam :
·         Berasaskan Al-Quran
·         Keadilan dalam keluarga
·         Kasih sayang dan tanggungjawab
Tamadun China :
·         Keluarga adalah asas dalam tamadun China
·         Berasaskan ajaran Confucius dan pentingkan kasih sayang
·         Konsep ‘li’ menekankan 5 jalinan hubungan sesame manusia
1.       Maharaja dengan rakyat
2.       Bapa dengan anak
3.       Abang dengan adik
4.       Suami dengan isteri
5.       Kawan dengan kawan
Nilai Alam Sekitar :
                Tamadun Islam :
·         Sebagai khalifah dimuka bumi , kita berperanan memelihara alam sekitar
·         Menggunakan secara manah dan bertanggungjawab
Tamadun Jepun :
·         Tuhan ‘kami’ meliputi binatang dan tumbuhan;berkuasa dan hebat
·         Mensucikan alam
Tamadun China :
·         Manusia di ajar menjaga alam sekitar melalui konsep ‘Esho Fuai’
·         ‘Esho Fuai’ bermaksud manusia dan alam sekitar saling berkaitan dan memerlukan
Nilai Kepercayaan :
                Tamadun Islam :
·         Menitik beratkan persoalan ketuhanan dan kerohanian
·         Agama member tenaga,fikiran dan penggerak sesuatu tamadun

Tamadun Jepun :
·         Dipengaruhi oleh Shintoisme iaitu menanam rasa kebangsaan Jepun dan patriotism
·         Disokong semangat ‘Bushido’ iaitu rela bunuh diri jika gagal laksanakan tugas
Tamadun China :
·         Dipengaruhi pemikiran Konfusianisme
Nilai Kepimpinan (kerajaan) :
                Tamadun Islam :
·         Pemimpin haruslah adil,berpengetahuan tinggi dan mampu memimpin
·         Pemimpin yang amanah serta tidak zalim
·         Memikul tanggungjawab dengan sebaik-baiknya
·         Pemimpin bertanggungjawab menggalakkan masyarakat menguasai ilmu
·         Masyarakat di beri peluang melontarkan idea,pemikiran dan pendapat
Tamadun China :
·         Raja memainkan peranan penting;bijak,pintar serta cekap laksanakan tanggungjawab
·         Raja sempurna,rakyat tunduk patuh kepada raja-Meng Tzu
Tamadun India :
·         Asoka pemerintah Dinasti Maurya menggunakan pendekatan Buddha sewaktu memerintah
·         Asoka sebarkan ajaran Dharma;bertimbang rasa,membantu orang miskin dan tidak membunuh binatang
·         Asoka berpendapat,raja wajib menjaga kebajikan rakyat dan semua manusia adalah anak raja
Nilai Pendidikan :
Matlamat utama pendidikan dalam kebanyakan tamadun ialah membina sifat-sifat seseorang. Dimensi Inner-Being begitu penting dalam konsep pendidikan Islam,Kristian,Hindunisme dan agama lain.
                Tamadun Islam :
·         Persoalan tauhid penting dalam transformasi manusia
Tamadun India :
·         Ajaran Buddha dan Hindu percaya, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri
Nilai Kegiatan Ekonomi :
Dalam tamadun-tamadun silam, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks “Moral Semesta”.
                Tamadun Islam :
·         Islam mengajar umatnya menjalankan ekonomi secara halal
·         Perkara dilarang dalam ekonomi ialah riba,judi,lacur,bazir,menipu dan lain-lain
Tamadun India :
·         Agama Buddha mengikut konsep hak-hak kehidupan yang termaktub dalam salah satu daripada ‘Jalan Lapan Lapis Mulia’
Kesimpulan
Islam mempunyai nilai yang sama dengan tamadun lain, tetapi Islam juga mempunyai nilai-nilainya tersendiri. Nilai-nilai dalam tamadun Islam juga merangkumi semua aspek dan boleh digunapakai oleh semua budaya atau bangsa. Nilai ini juga bukan berdasarkan akal fikiran manusia tetapi dilakukan oleh Allah S.W.T. Dengan penerapan nilai-nilai yang telah dinyatakan, ia dapat melahirkan individu, masyarakat serta negara yang berakhlak seterusnya mewujudkan tamadun yang sempurna dan diredhai oleh Allah S.W.T.(INSYAALLAH)

Khamis, Februari 03, 2011

review : barang2 bru ak beli taun 2010

erk..actually x de pe sgt...jus nak kongsikn pe yg ak da ad waktu taun lepas...

- laptop Asus A42D
- xternl hard disk Transcend 500Gb
- printer Canon Pixma MP258

- speaker Logitech R-20
- beg laptop
- kasut Kronos
- Oscar mountain bike size 16

dan barang2 lain yg mmg byk la...agagag

barang ni smua un ak beli sbb smbg blajar kat U...kalo x,jgn harap nak ad smua ni...so,kalo korang nak sebarang pandangan pasal barang2 yg ak da ad ni boleh la ak bagi...sbb da guna la katekn...bru la boleh nak komen ke,pe ke...ahaks...

Selasa, Februari 01, 2011

resipi mudah : puding koktel !!

bahan2 :
1 cawan tepung kustad
4 cawan air
1 tin susu cair
garam secukup rasa
1 cawan gula
1 tin buah-buahan campuran (yg boleh di dapati di Tesco)
1 tin laici (kat kedai mamak blakang rumah pun boleh)
1 tin nata de coco
1 sudu teh esen vanila

cara2 :
1) didihkan 3 cawan air bersama 1 cawan gula
2) bancuhkan satu cawan air bersama 1 cawan tepung kustad
3) setelah campuran air dan gula mendidih,masukkan bancuhan tepung kustad tadi
4) kacau sehingga sebati
5) masukkan campuran tadi kedalam bekas acuan (x kesah camne bentuk bekas acuan pun...)
6) simpan kedalam peti sejuk
7) masakkan 1 tin susu cair dengan api yg perlahan bersama esen vanila dan secukup garam (campuran ini boleh di campurkan air untuk mengurangkan rasa susu)
8) sejukkan campuran susu cair tadi kedalam peti sejuk
9) potongkkan campuran kustad tadi secara berbentuk dadu
10) hidangkan potongan kustad bersama2 buahan2 campuran dan juga campuran susu tadi tidak lupa juga nata de coco serta ais cube(nak bagi sejuk lagi)

proses tamat...

sbenarnye kejap je wat bende ni...tapi ak saje bagi nampak proses dia byk...nak mudahkn korang faham...so,pada korang,boleh la mencuba ye...yg tang gula tu,korang boleh la tambah lagi kalo korang suka manis2 dan nak potong kaki cepat...agagaag....selamat mencuba semua...

resipi mudah : krim karamel !!

bahan2 :
7 biji teluq ayam
1 tin susu pekat manis
1 tin air
1 sudu teh asin vanila
7 sudu besar gula (bahan karamel)

cara2 :
1) masukkan telur,susu,air dan asin vanila kedalam mangkuk ayun pukul sehingga kembang
2) kemudian,masak gula dalam loyang sehingga gula kelihatan keperang-perangan
3) masukkan bancuhan tadi(telur,susu,air dan asin vanila) kedalam loyang yang berisi gula yang telah di masak
4) kukus bahan tadi selama 40 hingga 45 minit
5) setelah kukus,masukkan kedalam peti sejuk

porses slesai...
enak di hidangkan bersama ais krim vanila/krim strawberi...
slamat mencuba...

actually,ayah ak mmg suka bende ni...ni mmg feveret desert ayah ak la...boleh katakn setiap kali ada kenduri je,mesti dia nak akak ak wat bende ni...dan,akak ak mmg terbaek kalo wat bende ni...sedap uuuuuuuuuuu...try,jgn x try...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...