adsense

Iklan Berbayar

jejaka kacak @ gadis cantek

Selasa, Februari 01, 2011

resipi mudah : puding koktel !!

bahan2 :
1 cawan tepung kustad
4 cawan air
1 tin susu cair
garam secukup rasa
1 cawan gula
1 tin buah-buahan campuran (yg boleh di dapati di Tesco)
1 tin laici (kat kedai mamak blakang rumah pun boleh)
1 tin nata de coco
1 sudu teh esen vanila

cara2 :
1) didihkan 3 cawan air bersama 1 cawan gula
2) bancuhkan satu cawan air bersama 1 cawan tepung kustad
3) setelah campuran air dan gula mendidih,masukkan bancuhan tepung kustad tadi
4) kacau sehingga sebati
5) masukkan campuran tadi kedalam bekas acuan (x kesah camne bentuk bekas acuan pun...)
6) simpan kedalam peti sejuk
7) masakkan 1 tin susu cair dengan api yg perlahan bersama esen vanila dan secukup garam (campuran ini boleh di campurkan air untuk mengurangkan rasa susu)
8) sejukkan campuran susu cair tadi kedalam peti sejuk
9) potongkkan campuran kustad tadi secara berbentuk dadu
10) hidangkan potongan kustad bersama2 buahan2 campuran dan juga campuran susu tadi tidak lupa juga nata de coco serta ais cube(nak bagi sejuk lagi)

proses tamat...

sbenarnye kejap je wat bende ni...tapi ak saje bagi nampak proses dia byk...nak mudahkn korang faham...so,pada korang,boleh la mencuba ye...yg tang gula tu,korang boleh la tambah lagi kalo korang suka manis2 dan nak potong kaki cepat...agagaag....selamat mencuba semua...

3 ulasan:

Nurfatihah berkata...

Asin vanila?
Esen vanilla la awk...
Asin tu mknenye masin...
=D

impreza awie berkata...

ye ke?
teman ni xde la pandai benor nama2 benda masakan ni...
teman main taruh je...
kah3...
nak betoikan :D
thanks komen

Nurfatihah berkata...

lepas ni lau tak paham..
ley tanya sy k..
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...